Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelancaran OnePlus Nord di Malaysia akhirnya diumumkan

Setelah sekian lama berteka-teki, OnePlus Malaysia akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran peranti terbaru mereka di Malaysia. OnePlus Nord akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Ogos 2020, pukul 11 pagi.

Dari perkongsian yang dimuat naik di Facebook OnePlus Malaysia itu bagaimanapun, tidak menyatakan apakah jenis pelancaran yang akan dibuat. Melihatkan keadaaan COVID-19 yang menaik di Malaysia kebelakangan ini, pelancaran ini dijangka akan dibuat secara dalam talian sahaja.

Setelah mengetahui tarikh pelancaran, apa yang tinggal adalah harganya dan tarikh jualan pula. Salah satu penjual peranti terkemuka di Lembah Klang, DirectD telah berkongsi status di Facebook menunjukkan gambar OnePlus Nord bersama taikh 28 Ogos 2020. Tarikh ini mungkin adalah hari pertama jualan OnePlus Nord.

Selain itu, DirectD turut menyatakan bahawa terdapat dua varian OnePlus Nord akan dijual di Malaysia. Varian pertama datang dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Manakala varian kedua ada RAM 12GB dan storan 256GB.

Kedua-dua varian ini dilihat seperti disahkan oleh OnePlus Malaysia apabila Stor Rasmi OnePlus di Shopee turut menyenaraikan dua varian OnePlus Nord ini, dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan biru. Tetapi harga dan tarikh jualan tidak ditemui di Stor Shopee ini.

Untuk rujukan, OnePlus Nord telah dijual di India dan Eropah dengan harga seperti berikut:

  • OnePlus Nord (6GB+64GB) India – INR 24,999 (~RM 1,429)
  • OnePlus Nord (8GB+128GB) India – INR 27,999 (~RM 1,600)
  • OnePlus Nord (12GB+256GB) India – INR 29,999 (~RM 1,715)
  • OnePlus Nord (8GB+128GB) Eropah – dari EUR 399 (~RM 1,952)
  • OnePlus Nord (12GB+256GB) Eropah – dari EUR 499 (~RM 2,442)

Diharapkan harga rasmi di Malaysia kelak tidak melebihi harga di Eropah. Ini kerana beberapa model OnePlus di Malaysia sebelum ini lebih mahal dari harganya di Eropah.

BACA  Live Blog 9.9: Kami korek tawaran menarik Lazada & Shopee

Buat yang belum kenal, OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan terbaru dari OnePlus. Ia dikuasakan cip Snapdragon 765G dan menyokong rangkaian 5G. RAM pada peranti ini dari jenis LPDDR4X dan storannya pula UFS2.1. Bukan terkini tetapi masih pantas.

Skrin OnePlus Nord dari jenis Fluid AMOLED dengan refresh rate 90Hz, resolusi HD Penuh dan berukuran 6.44-inci. Skrin ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,115mAh, yang menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30T (5V/6A) melalui USB-C.

Kamera belakangnya ada empat iaitu kamera utama 48MP F1.75 yang menyokong penstabil imej optikal dan elektronik (OIS+EIS), kamera ultra lebar 8MP F2.25, kamera pengesan kedalaman 5MP F2.4 dan kamera makro 3MP F2.4.

Kamera hadapan pula ada dua. Gabungan kamera utama 32MP F2.45 dari sensor Sony IMX616, bersama kamera ultra lebar 8MP F2.45.

Sumber: Facebook