Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Laptop Asus Zenbook terbaru kekal nipis, ringan dan masih ada port bersaiz penuh

Asus Malaysia baru-baru ini melancarkan barisan laptop ultrabook mereka, Zenbook 13 (UX325) dan Zenbook 14 (UX425) yang baru. Ia mengekalkan konsep laptop ringan dan nipis, tetapi berkuasa tinggi. Asus juga mendabik dada dengan laptop terbaru ini, menyatakan ia adalah laptop paling nipis dengan port bersaiz penuh.

Agak sukar dipercayai apabila Asus menyatakan bahawa model terbaru Zenbook ini lebih nipis dan ringan dari model sebelumnya. Zenbook 13 memiliki berat 1.07kg sahaja manakala berat Zenbook 14 pula 1.13kg. Kedua-dua laptop ini juga sangat nipis, dengan tebal hanya 13.9mm.

Walaupun sangat ringan dan nipis, Zenbook 13 dan Zenbook 14 masih dilengkapi port bersaiz penuh. Port yang terdapat pada laptop ini ialah 1x HDMI, 1x USB-A, 1x pembaca kad mikroSD dan 2x USB-C Thunderbolt 3. Sayangnya, Asus telah membuang port audio 3.5mm tetapi menyatakan adaptor USB-C ke 3.5mm diberikan bersama di dalam kotak.

Zenbook 13 memiliki skrin berukuran 13.3-inci manakala Zenbook 14 memiliki skrin berukuran 14-inci. Skrin ini memiliki bingkai sangat nipis NanoEdge, memberikan nisbah skrin ke badan setinggi 90%. Selain saiz skrin, semua perkara lain adalah sama untuk kedua-dua laptop.

Kuasa pemproses utama Zenbook 13 dan Zenbook 14 menggunakan cip Intel Core-i generasi ke-10, dengan pilihan Core i7-1065G7 atau Core i5-1035G1. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR4X sebesar 8GB dan storan SSD PCIe NVMe M.2 berkapasiti 512GB.

Pengguna laptop ini boleh menggunakannya sepanjang hari tanpa mengecas banyak kali. Hayat bateri boleh bertahan sehingga 22 jam. Ia boleh mengecas pantas, memberikan tenaga 60% dengan mengecas selama 49 minit.

Pengecasan dibuat menggunakan port USB-C dan ia datang bersama pengecas 65W. Tetapi ia menyokong pengecasan walau bertenaga rendah, seperti powerbank atau pengecas 10W untuk memberi tenaga walaupun perlahan.

BACA  Jangan ketinggalan untuk tonton filem bertemakan kemerdekaan yang dirakam menggunakan vivo X50

Papan kekunci berlampu bersaiz penuh dipasang pada laptop ini. Trackpad pula kini dilengkapi NumberPad 2.0, membolehkan ia bertukar kepada kekunci nombor dengan menekan ikon di sudut atas.

Badan Zenbook 13 dan 14 menepati piawaian ketenteraan US yang tinggi. Ia diberi pengiktirafan MIL-STD-810G dan telah diuji seperti ujian kejatuhan, di dalam suhu ekstrem serta di kawasan bertekanan ekstrem. Ia juga melepasi semua standard ketahanan yang ditetapkan industri.

Asus melengkapi laptop ini dengan kamera infra merah yang terletak di atas skrin. Ini membolehkan daftar masuk pantas menggunakan wajah melalui Windows Hello, walaupun dalam suasana malap.

Asus Zenbook 13 dan 14 kini telah dijual di Malaysia dalam dua warna, Lilac Mist dan Pine Grey. Ia dijual bermula 11 Ogos 2020, dengan harga jualan seperti berikut:

  • Zenbook 13 (Core i5, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM 3,999
  • Zenbook 13 (Core i7, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM 4,699
  • Zenbook 14 (Core i5, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM 3,999
  • Zenbook 14 (Core i7, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM 4,699

Khas untuk pembeli terawal, Asus menawarkan diskaun RM100 untuk pembelian di Stor Rasmi Asus di Shopee. Pembeli perlu memasukkan kod ASUSZB100 untuk mendapatkan diskaun ini.

Asus memberikan jaminan antarabangsa selama 2-tahun untuk Zenbook 13 dan Zenbook 14 yang baru ini. Di samping itu, Asus juga memberikan jaminan Asus Perfect Warranty di mana ia memberikan satu kali penggantian untuk sebarang masalah termasuk kesilapan pengguna sendiri, untuk tahun pertama. Pengguna hanya perlu membayar 20% dari kos pembaikan dan selebihnya ditanggung Asus.