Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

GarminPay dikesan boleh digunakan di Malaysia

Jika anda rajin mengikuti dunia teknologi, anda pasti tahu tentang pembayaran digital menggunakan telefon pintar atau jam tangan pintar. Di Malaysia, buat masa ini hanya Samsung Pay yang menyoong pembayaran tanpa tunai melalui peranti sebegini, walaupun sebenarnya ada banyak teknologi yang sama seperti Apple Pay, Google Pay, Fitbit Pay dan lain-lain.

Tetapi baru-baru ini, satu lagi pembayaran tanpa tunai menggunakan peranti dari pengeluar jam pintar kecergasan, Garmin telah dikesan dapat digunakan di Malaysia. Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna twitter @kep3n.

Dalam twitter tersebut, dia menggunakan jam Garmin Fenix 6 untuk membuat pembayaran tanpa sentuh di mesin pembayaran McDonald. Mesin tersebut menerima pembayaran tanpa sentuh dari Visa Paywave dan Mastercard Paypass. Dalam hal ini, @kep3n menggunakan kad debit Visa Maybank pada GarminPay beliau.

Perkara ini agak mengejutkan kerana Garmin dan Maybank tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai sokongan pembayaran GarminPay di Malaysia. Seperti di Samsung Pay, pembayaran tanpa sentuh di peranti memerlukan sokongan dari bank dan pengeluar kad sebelum boleh ditambat pada sistem. Malaysia masih belum tersenarai sebagai negara yang menyokong GarminPay.

Rakan kami di SoyaCincau yang turut memiliki jam tangan Garmin yang menyokong GarminPay, cuba menambat kad debit miliknya ke sistem GarminPay. Ternyata kad debit Visa Maybank diterima ditambat ke dalam GarminPay. Tetapi percubaan menambat kad debit Mastercard Maybank pula tidak berjaya. Ini menunjukkan bahawa ia masih belum disokong bank atau pegeluar kad.

Jika ada memiliki jam pintar Garmin yang menyokong pembayaran GarminPay, anda juga boleh cuba menambat mana-mana kad debit/kredit anda ke sistem pembayaran tersebut. Jika berjaya, boleh kongsikan kepada kami untuk kami mengetahui bank dan kad mana yang disokong oleh GarminPay di Malaysia.

BACA  Lumix S5 sertai siri S sebagai kamera full-frame termurah jenama Panasonic

Mungkin ini petanda bahawa lebih banyak sistem pembayaran tanpa tunai menggunakan peranti, akan disokong dengan lebih meluas di Malaysia.

Sumber: Lowyat