Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Perbezaan Mi 10 Ultra dengan Mi 10 Pro

Nampak gayanya frasa “Pro” sudah hilang taringnya kerana ada beberapa pengeluar sudah mula gunakan Ultra sebagai tanda itu adalah telefon terbaik. Xiaomi adalah salah seorang daripadanya apabila mengumumkan Mi 10 Ultra sedangkan mereka sudah ada Mi 10 Pro dalam keluarga yang sama.

Apakah perbezaan antara kedua-dua telefon itu?

Disebabkan berada dalam keluarga yang serupa, anda akan dapati yang fizikaliti antara kedua-dua telefon ini adalah sama. Bahagian depan ia ada saiz skrin yang sama pada 6.67″ beresolusi FHD+ daripada jenis AMOLED. Tapi, panel pada Mi 10 Ultra lebih menarik untuk gaming kerana ada refresh rate setinggi 120Hz.

Malangnya, SoC Mi 10 Ultra masih dikekalkan pada Snapdragon 865 sedangkan telefon gaming lain ada yang gunakan Snapdragon 865+ yang lebih berkuasa. Mungkin Xiaomi ingin khaskan cip yang lebih berkuasa untuk Black Shark.

Di Malaysia, kita beroleh Mi 10 Pro yang ada kombinasi RAM dan storan 8GB dan 256GB. Di China, seperti biasa, mereka ada beberapa varian, daripada 8GB + 128GB hinggalah 12GB + 512GB. Beza untuk Mi 10 Ultra adalah storannya gunakan piawaian UFS3.1.

Kamera Mi 10 Ultra terima beberapa perubahan. Kamera 108MP Mi 10 Pro tidak kelihatan padanya sebaliknya digantikan dengan kamera 48MP. Kemudian, kamera telefoto 8MP digantikan dengan kamera 48MP yang ada zum optikal 10x dan mampu berikan pengezuman sehingga 120x dengan gabungan optikal dan hibrid.

Kamera selfie masih dikekalkan pada 20MP.

Lagi yang dikekalkan adalah bateir berkapasiti 4,500mAh tapi kali ini ia menyokong pengecasan pantas QC5.0 dan mampu menerima tenaga pada kadar 120W melalui. Katanya daripada 0 hingga 40% cuma mengambil beberapa minit.

BACA  Kerajaan Singapura guna wajah sebagai pengesahan identiti, pertama di dunia seumpamanya

Harga telefon ini di China agak lumayan murahnya tapi jika dibandingkan Mi 10 Pro Malaysia, saya rasakan harganya akan jauh lebih tinggi.