Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengecas Omega 200W boleh cas 2 laptop serentak pada kelajuan penuh

Ada satu kempen Kickstarter sedang berjalan sekarang yang mengumpul dana pembangunan pengecas pertama dunia yang mampu mengeluarkan output 200W menggunakan teknologi Gan.

Pengecas Omega 200W memanfaatkan Power IC NV6127 daripada Navitas untuk menggantikan teknologi berasaskan silikon bagi mencapai kecekapan tenaga yang lebih tinggi disamping kawal selia haba yang lebih baik.

Omega 200W ada empat port, 2 USB-C dan 2 USB-A. Disebabkan ia miliki output tenaga yang tinggi, ia boleh mengecas dua buah MacBook Pro serentak pada kelajuan penuh.

Bukan sahaja Omega 200W adalah pengecas yang paling berkuasa, ia juga paling kecil dalam kategorinya iaitu66% lebih kecil daripada pengeas tradisional. Pengecas ini menyokong banyak piawaian pengecasan pantas di luar sana seperti QC3.0, AFC, VOOC, SCP, dan FCP.

Versi Omega 100W juga ada kalau anda perlukan pengecas yang lebihkecil. Tapi ia Cuma ada 3 port pengecas. Kesemua pengecas Omega didatangkan dengan penyesuai pin nutuk dibawa ke luar negara.

Anda boleh sumbag serendah USD45 (RM188) untuk dapatkan Omega 100W manakala USD75 (RM314) untuk Omega 200W. Penghantaran akan bermula seawal Januari 2021, agak lama lagi nampaknya.

Perlgi ke laman Kickstarter projek untuk maklumat lanjut.

BACA  Motorola Razr 5G tampil meriahkan segment telefon boleh lipat