• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank akan perkenal kad kredit dengan banyak ganjaran untuk pengguna Grab

  • OLEH Najib
  • 7:10 pm
  • 17/08/2020
  • Komen
Maybank akan perkenal kad kredit dengan banyak ganjaran untuk pengguna Grab
Share on FacebookShare on Twitter

Grab, Maybank dan Mastercard akan mengadakan satu majlis pelancaran pada 18 Ogos 2020. Tetapi maklumat tentang perkara misteri yang akan mereka lancarkan telah dimuat naik di laman web Maybank. Ianya adalah kad kredit Maybank Grab Mastercard Platinum.

Seperti namanya, kad kredit ini memberi kelebihan dan ganjaran untuk kegunaan Grab. Setiap RM1 yang dibelanjakan di Grab, akan menerima 5x mata ganjaran GrabRewards Points (GRP). Untuk perbelanjaan di luar negara, rentas sempadan dan e-dagang, akan mendapat 2x GRP. Lain-lain perbelanjaan di Malaysia, akan menerima 1 GRP bagi setiap RM3 dibelanjakan.



Antara tarikan pada kad kredit Grab ini ialah yuran tahunan dikecualikan seumur hidup. Sebanyak 1,000 GRP akan diberikan sebagai ganjaran mengaktifkan kad. Selain itu, sebanyak RM50 baucar GrabRide dan GrabFood turut diberikan secara percuma, dengan syarat perlu berbelanja di Grab sebanyak RM300 dalam masa 45 hari selepas permohonan kad diluluskan.

Maybank turut bekerjasama dengan rakan niaga lain untuk memberikan diskaun jika membuat bayaran menggunakan kad kredit ini. Antara rakan niaga yang terlibat ialah Alpro Alliance, Klook, Hermo, SoCar, Harvey Norman dan Zalora.



Permohonan kad kredit ini boleh dibuat menerusi laman web www.maybank2u.com.my, atau di aplikasi Grab. Pemohon mestilah berusia di antara 21 hingga 65 tahun dan memiliki pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM36,000/tahun.

Selepas permohonan diluluskan, pemohon akan menerima kad kredit digital dalam hari yang sama sebagai kad sementara. Kad digital ini boleh dilihat menerusi laman web Maybank2u. Kad digital ini akan dinyahaktif secara automatik dalam masa 10 hari selepas permohonan diluluskan, atau selepas kad fizikal diaktifkan.

Kad kredit ini datang dalam pilihan warna hitam atau putih. Dari gambar yang dikongsikan, bahagian depan dilihat kosong tanpa sebarang maklumat seperti nama pemilik dan nombor kad kredit. Sebaliknya semua maklumat ini terletak di bahagian belakang kad, termasuk tarikh luput dan nombor keselamatan CVV.

Maklumat lanjut mengenai kad ini boleh didapati menerusi laman web Maybank Grab Mastercard Platinum Credit Card.

Grab baru-baru ini telah menamatkan pemberian mata ganjaran GRP untuk penggunaan kad kredit/debit. Hanya pembayaran melalui GrabPay sahaja menerima mata ganjaran, jadi pengguna perlu menambah nilai e-Wallet Grab menggunakan kad kredit/debit jika mahu mendapat mata ganjaran GRP. Ia mungkin langkah bagi menarik minat pengguna untuk memohon kad kredit baru mereka ini.

Sumber: Grab Malaysia

Sumber: Amanz

Tags: GrabmastercardMaybankMaybank Grab Mastercard Platinum
Najib

Najib

POPULAR

Maybank akan perkenal kad kredit dengan banyak ganjaran untuk pengguna Grab

Maybank akan perkenal kad kredit dengan banyak ganjaran untuk pengguna Grab

17 August 2020
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER