• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Presiden Trump tak kisah jualan iPhone merudum dek pengharaman WeChat

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:37 am
  • 17/08/2020
  • Komen
Presiden Trump tak kisah jualan iPhone merudum dek pengharaman WeChat
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila wartawan bertanyakan kepada Presiden Trump tentang implikasi yang bakal berlaku sekiranya WeChat diharamkan dalam produk A.S, jawapannya adalah ringkas iaitu “Whatever”. Perkara ini timbul berikutan beberapa entiti korporat yang menyatakan kegusaran periuk nasi mereka di China terjejas, akibat arahan eksekutif ini.

Arahan eksekutif itu menyatakan yang semua entiti yang beroperasi dalam A.S ada masa 90 hari untuk memutuskan hubungan dengan dua syarikat China ini iaitu ByteDance dan Tencent. Ada dua produk besar yang akan terima impak iaitu APP TikTok dan WeChat.



Dalam kes TikTok, Microsoft menawarkan diri untuk mengambil alih operasi TikTok di luar negara bagi beroleh semua data-data pengguna luar China agar tak dimanipulasi oleh pihak komunis.

Presiden Trump “arah” Microsoft beli TikTok

Di belah WeChat pula, tiada bunyi lagi tentang apa-apa pengambilalihan. Maka, sekiranya 90 hari sudah berlalu, semua produk A.S perlu membuang WeChat daripada penawaran. Perkara ini sangat kritikal kerana WeChat adalah super-APP yang turut digunakan sebagai kaedah pembayaran di China.



Lebih 90% pengguna iPhone di China katanya terpaksa “lompat kapal” sekiranya WeChat tidak lagi ada dalam telefon mereka. Itulah antara ketakutan yang kini melanda banyak entiti-entiti gergasi di Amerika Syarikat.

Tags: donald trumpWechat
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Presiden Trump tak kisah jualan iPhone merudum dek pengharaman WeChat

Presiden Trump tak kisah jualan iPhone merudum dek pengharaman WeChat

17 August 2020
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN