• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Presiden Trump “arah” Microsoft beli TikTok

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:44 am
  • 03/08/2020
  • Komen
Telefon pintar dari TikTok? Biar betul!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Microsoft, pihaknya baru selesai berdialog dengan Presiden Trump tentang TikTok. Mereka kini sedang dalam perbincangan dengan pemilik TikTok, ByteDance, untuk menjual platform media sosial itu kepada mereka.

Sekiranya pembelian itu berjaya, Microsoft akan miliki TikTok dalam pasaran A.S., Kanada, Australia, dan New Zealand.



Kata putus dijangka dicapai sebelum 15 September 2020. Objektif yang ingin dicapai adalah untuk memindahkan semua data-data TikTok yang berasal daripada A.S pulang ke tanah air disamping memadamkan data-data berkaitan yang masih berada di luar.

Tidaklah diketahui berapakah wang akan berpindah tangan. Tapi menurut penilaian terbaharu, pakar analisis berspekulasi bahawa sekitar USD50 billion adalah harga yang wajar sekiranya transaksi itu menjadi realiti.



Perkara ini masih pada peringkat perbincangan dan ia mungkin juga tidak menjadi nyata. Jika perbincangan ini gagal, sama-samalah kita nantikan tindakan kerajaan A.S yang seterusnya.

TikTok cumalah salah satu daripada banyak produk China yang diletakkan di bawah mikroskop A.S. Contoh yang terkenal ialah Huawei. A.S melihat barang-barang daripada negara itu sebagai risiko terhadap kedaulatan negaranya.

Kerajaan Australia turut lakukan perkara yang sama. Dengan muat turun lebih 1.5 juta di negara itu saja, sudah tentu banyak data peribadi dihimpunkan TikTok.

Semuanya berpunca daripada undang-undang yang diluluskan dalam tahun 2017. National Intelligence Law memerlukan semua entiti dalam negara itu termasuklah swasta, menyerahkan data-data yang berkaitan kepada kerajaan.

Biarpun pihak TikTok mengatakan yang data-data pengguna disimpan dalam pelayan yang terletak di Singapura, ramai yang masih skeptik berlandaskan perangai kerajaan China sebelum-sebelum ini yang sangat radikal dalam perihal mengendalikan data.

Adakah pembelian TikTok oleh Microsoft adalah sesuatu yang menguntungkan?

Sumber, 2

Tags: MicrosoftTikTok
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telefon pintar dari TikTok? Biar betul!

Presiden Trump “arah” Microsoft beli TikTok

3 August 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN