Kad kredit Maybank Grab Mastercard: Maklumat yang anda perlu tahu

Hari ini, kerjasama antara Grab dan Maybank telah mengumumkan satu produk dalam kategori kad kredit. Diberi nama Maybank Grab Mastercard Platinum, kad ini ditambat dengan wallet Grab anda untuk berikan ganjaran yang boleh ditebus terus daripada aplikasi Grab dan lebih banyak cara untuk mengumpul mata ganjaran.

Manfaat

Pengguna kad kredit ini boleh kumpulkan sehingga 5 kali mata ganjaran menerusi setiap transaksi. Berikut adalah pecahan mata ganjaran tersebut:

  • 5x – setiap RM1 yang dibelanjakan untuk servis Grab (GrabRide, GrabFood, GrabDelivery, GrabMart, GrabPay)
  • 2x -setiap RM1 yang dibelanjanakan di luar negara ataupun secara dalam talian
  • 1x – setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam negara (tidak termasuk servsi Grab dan dalam talian).

Sejurus kad anda diaktifkan, anda akan menerima 1,000 Maybank Grab Rewards sebagai pemberian “selamat datang”. Untuk perspektif, 900 mata Maybank Grab Rewards membolehkan anda tebus baucar 15% untuk pembelian produk kecantikan di Zalora.

Pelanggan kad kredit ini juga akan terima status Grab Platinum secara percuma selama 6 bulan dan tidak dikenakan caj perkhidmatan tahunan.

Untuk permulaan, ada beberapa kedai yang menyediakan promo khas untuk kad kredit ini. Antara kedai yang menyertai ialah seperti:

  • Farmasi ALpro
  • Harvey Norman
  • Hermo
  • Klook
  • Socar
  • Zalora

Kad dwimuka pertama di Malaysia

Menurut Maybank, ini adalah kad yang ada dua muka pertama di Malaysia. Di bahagian yang ada cip, ia sangat minimalistic kerana tiada sebaran teks kecuali Grab. Di bahagian belakang barulah ada maklumat pemilik kad, nombor kad, dan CVV.

Ada dua warna boleh dipilih iaitu hitam dan putih

Siapa boleh mohon?

Pengguna yang berumur antara 21 hingga 65 tahun layak memohonnya asalkan mereka miliki pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM36,000.

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Maybank2U ataupun APP Grab. Sekiranya diluluskan, anda akan terima kad sementara dalam bentuk digital untuk digunakan.

Selepas kad fizikal tiba ke tangan anda, kad digital itu akan terbatal.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.