• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPP: KKM saran lanjutkan tempoh PKPP selepas 31 Ogos

  • OLEH Najib
  • 1:00 pm
  • 24/08/2020
  • Komen
PKPP: KKM saran lanjutkan tempoh PKPP selepas 31 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dibuat bermula dari 10 Jun, akan berakhir pada hujung bulan ini iaitu 31 Ogos 2020. Ia telah membenarkan hampir semua perniagaan dan acara dijalankan semula, tetapi perlu mematuhi norma baharu seperti pemakaian topeng muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Buat masa ini, kerajaan masih belum menyatakan sama ada mahu meneruskan atau menamatkan PKPP. Tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan agar PKPP diteruskan selepas 31 Ogos 2020. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tempoh lanjutan itu perlu memandangkan negara masih bergelut dengan peningkatan kes.



Malah katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menjangkakan pandemik COVID-19 akan berterusan untuk tempoh dua tahun.

“Berkaitan PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos yang diumumkan (sebelum ini), pihak KKM telah membuat saranan kepada MKN dan juga Perdana Menteri supaya PKPP dipertimbangkan untuk dilaksanakan (dilanjutkan) sehingga keadaan lebih terkawal. Jadi terpulang Yang Berhormat (Perdana Menteri) untuk mengumumkannya dalam masa terdekat. Kita lihat di negara lain juga masih bergelut (dengan pandemik) dan kes meningkat. Kes import di negara tertentu juga bertambah.” ujar beliau.



Walaupun Malaysia dilihat berjaya membendung penyebaran COVID-19, beberapa kluster baru telah muncul kebelakangan ini. Antaranya kluster Sivangangga dan Tawar di Kedah, di mana ia sebenarnya boleh dikawal jika orang ramai mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sumber: Astro Awani

Tags: PKPP
Najib

Najib

POPULAR

PKPP: KKM saran lanjutkan tempoh PKPP selepas 31 Ogos

PKPP: KKM saran lanjutkan tempoh PKPP selepas 31 Ogos

24 August 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN