• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee jelaskan isu pekerja penghantaran mencampak barang ke dalam rumah pelanggan

  • OLEH Najib
  • 6:32 pm
  • 24/08/2020
  • Komen
Shopee jelaskan isu pekerja penghantaran mencampak barang ke dalam rumah pelanggan
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, seorang pembeli Shopee telah berkongsi video CCTV di rumahnya di mana penghantar barangan Shopee, mencampak barangan pembeliannya dari luar pagar ke dalam rumah. Ianya bukanglah barangan yang kecil, tetapi beberapa kotak besar yang kelihatan agak berat dan mungkin rosak apabila dicampak sejauh itu.

Dari klip video tersebut, penghantar tersebut dilihat memakai baju Shopee berwarna oren, tetapi menggunakan kenderaan biasa, bukan kenderaan Shopee. Selepas mencampak barangan tersebut, dia mengambil gambar, berkemungkinan sebagai bukti penghantaran.



Kami telah menghubungi Shopee tentang perkara ini dan mereka memberikan jawapan balas berikut:

Mengenai masalah pekerja penghantaran Shopee yang mencampak 3 kotak barangan ke dalam rumah pembeli, Shopee telah menghubungi pelanggan dan penghantar terlibat, sejurus video tersebut dimuat naik di Facebook untuk menyiasat secara teliti apa yang berlaku.

Pekerja penghantaran tersebut telah meminta maaf secara peribadi kepada pelanggan, tetapi kelakuannya bertentangan dengan apa yang diharapkan Shopee kepada pekerjanya dan kualiti perkhidmatan yang Shopee menjunjung tinggi. Selepas menamatkan siasatan dalaman, Shopee mendapati tiada alasan untuk kelakuan salah tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja itu.

Shopee sangat berterima kasih kepada pelanggan yang memaklumkan kejadian tersebut. Jika ada pelanggan lain yang berhadapan masalah perkhidmatan yang tidak memuaskan, kami menggalakkan mereka untuk menghubungi kami di alamat emel help @ support.shopee.com.my atau membuat panggilan ke 03 2777 9222, dari Isnin hingga Ahad termasuk hari cuti umum, dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Ian Ho,
Pengarah Urusan Serantau Shopee

Jika anda juga berhadapan dengan masalah penghantaran seperti ini, atau sebarang masalah perkhidmatan Shopee yang lain, segeralah hubungi Shopee menerusi talian di atas ya. Pastikan aduan anda diambil tindakan sewajarnya.



Tags: Shopee
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Shopee jelaskan isu pekerja penghantaran mencampak barang ke dalam rumah pelanggan

Shopee jelaskan isu pekerja penghantaran mencampak barang ke dalam rumah pelanggan

24 August 2020
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER