Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PROMO: Telefon termurah Realme dijual lebih rendah sempena Merdeka

Telefon termurah Realme di Malaysia kini ialah Realme C11. Sempena bulan kemerdekaan, Realme kini menurunkan lagi harga telefon termurah mereka, dari 22 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

Terdapat dua varian Realme C11 yang dijual di Malaysia. Harga istimewanya sepanjang promosi Hari Kemerdekaan ini adalah seperti berikut:

  • Realme C11 (2GB+32GB) – RM429 RM399
  • Realme C11 (3GB+32GB) – RM479 RM449

Orang ramai boleh mendapatkan Realme C11 dengan harga promosi ini di semua penjual sah Realme di luar talian, serta dalam talian di Lazada dan Shopee.

Realme juga akan mengadakan promosi khas satu hari di Lazada, pada 28 Ogos 2020. Salah satu promosi yang diberikan ialah diskaun RM300 untuk Realme 6, yang memiliki skrin 90Hz, kamera 64MP dan pengecasan pantas 30W.

Jika belum kenal, kuasa Realme C11 digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio G35 8-teras, dengan kelajuan mencecah 2.3GHz. Ia memiliki skrin berukuran 6.5-inci HD, dengan takuk kecil di atas.

Kamera di belakangnya ada dua, dengan kamera utama 13MP F2.2 dan dilengkapi mod Nightscape. Kamera hadapan pula 5MP, diletakkan di dalam takuk di atas skrin.

Kapasiti bateri 5,000mAh dimuatkan sebagai sumber tenaga kepada Realme C11. Ia dicas melalui mikro-USB tanpa pengecasan pantas, cukup sekadar 10W sahaja.

Realme menyediakan dua warna untuk Realme C11 yang diiinspirasikan dari rempah ratus, iaitu hijau mint dan hitam lada sulah. Sistem operasi Android 10 terkini dilapisi Realme UI digunakan di dalam Realme C11.

BACA  MyEG buka servis perbaharui roadtax motorsikal dan lesen memandu seawal 9 Oktober 2020