• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy M51 dengan bateri 7,000mAh dijangka tiba bulan September

  • OLEH Najib
  • 3:26 pm
  • 24/08/2020
  • Komen
Galaxy M51 dengan bateri 7,000mAh dijangka tiba bulan September
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Galaxy M dikenali sebagai telefon pintar kelas pertengahan Samsung dengan bateri yang sangat besar. Selain itu, ia dilengkapi skrin Super AMOLED tetapi menggunakan pengimbas capjari fizikal di belakang, bukan di dalam skrin.

Khabar angin terbaru menyatakan Samsung akan melancarkan model terbaru berkuasa lebih tinggi, dikenali sebagai Galaxy M51. Ia dijangka akan dilancarkan di India dan Rusia pada bulan September.



Sammobile melaporkan, beberapa berita bocor menunjukkan bahawa Galaxy M51 akan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm, dijangka dari jenis Snapdragon 730 bersama RAM sebesar 8GB. Skrinnya dari jenis Super AMOLED berukuran 6.67-inci berlubang, dengan resolusi HD Penuh.

Paling penting, kapasiti bateri di dalam Galaxy M51 adalah sebesar 7,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Ini boleh dikatakan bateri terbesar di telefon pintar dengan skrin di bawah 7-inci, juga memecah rekod kapasiti bateri untuk telefon pintar Samsung Galaxy sendiri.



Selain itu, ia akan dilengkapi 4 kamera belakang, gandingan kamera utama 64MP dan kamera ultra lebar 12MP. Dua kamera lagi dijangka adalah kamera pengesan kedalaman dan kamera makro.

Memandangkan Samsung ada menjual Galaxy M11, Galaxy M21 dan Galaxy M31 di Malaysia, tidak mustahil model ini akan turut tiba ke Malaysia tidak lama lagi.

Sumber: Sammobile
Gambar: Onleaks x Pigtou

Tags: samsungSamsung Galaxy M51
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy M51 dengan bateri 7,000mAh dijangka tiba bulan September

Galaxy M51 dengan bateri 7,000mAh dijangka tiba bulan September

24 August 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN