Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apple gagal dalam usaha memerah 30% komisen daripada WordPress

Begini ceritanya. Beberapa hari lalu, WordPress telah mengemas kini aplikasi telefon pintar mereka di Android tapi gagal berbuat demikian di iOS kerana pihak Apple telah mengehadkan akses akaun pembangun WordPress di platform mereka.

Seperti yang ditweetkan pengasas WordPress, Matt Mullenweg, sebab pihak mereka gagal menyebarkan kemas kini adalah kerana Apple mengarahkan wordpress memasukkan fungsi Apple in-app purchase (IAP) untuk pelan-pelan berbayar WordPress.

Ia sudah tentulah ada kaitan dengan komisen 30% yang ingin dicekau Apple untuk apa saja transaksi tunai yang melalui IAP. Tapi kisah Wordpres sini sedikit berlainan dengan kisah Fortnite yang kami laporkan tempoh hari.

Beza kes WordPress ini adalah dalam APP mereka, tak pernah ada fungsi pembelian in-app. Satu-satunya tanda yang memberitahu pengguna yang mereka sedang gunakan pelan percuma adalah apabila mereka pergi ke bahagian Setting APP itu.

Tangkap layar bahagian Setting APP WordPress versi lama

Setelah di hadkan akses, Matt Mullenweg seperti mengalah dan mengatakan IAP untuk pelan WordPress akan diperkenalkan dalam tempoh 30 hari.

Apple berundur dan memohon maaf

Entah apa wahyu yang diterima Apple, secara tiba-tiba mereka mengeluarkan kenyataan memohon maaf terhadap WordPress dan menarik balik arahan berkaitan IAP. Maka, WordPress diberikan kembali akses akaun pembangun dan beroperasi seperti biasa.

Tidaklah menghairankan mengapa Apple beriya sangat inginkan komisen daripada pemilik WordPress. Automattic, syarukat yang mengendalikan WordPress.com dianggarkan beroleh sekitar USD135 juta setahun.

BACA  Harga diskaun di promosi Samsung Galaxy A #KonfemAwesome kekal menjadi harga rasmi

Sumber, 2