• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terbang tanpa had ke seluruh Malaysia dengan Firefly Travel Pass

  • OLEH Najib
  • 11:19 am
  • 25/08/2020
  • Komen
Terbang tanpa had ke seluruh Malaysia dengan Firefly Travel Pass
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyemarakkan semula industri pelancongan dalam negara, syarikat penerbangan Firefly kini melancarkan pas penerbangan domestik tanpa had, dikenali sebagai Firefly Travel Pass. Pas ini dijual dalam masa terhad, dari 24 hingga 31 Ogos 2020 sahaja.

Terdapat dua jenis pas tanpa had Firefly ini iaitu pas tanpa had 3 bulan dan pas tanpa had 6 bulan. Harga untuk pas 3 bulan ialah RM399 manakala pas 6 bulan berharga RM699. Perlu ambil perhatian, penggunaan pas ini untuk harga asas tambang sahaja, tidak termasuk sucaj, cukai dan SST.



Untuk membeli pas ini, anda perlu mendaftar sebagai ahli Firefly terlebih dahulu. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Kemudian pergi ke bahagian atas laman utama Firefly, klik pada ‘Login/Signup‘ dan pilih ‘Firefly Passport‘.

Seterusnya isi User ID dan Password, kemudian tekan pada ‘Buy Travel Pass‘ di menu sebelah kiri. Pilih pas yang mahu dibeli, sama ada 3 bulan atau 6 bulan, tandakan pada ‘I confirm, understand and accept‘ selepas itu tekan Next. Buat pembayaran dan anda berjaya memiliki pas tanpa had Firefly.



Untuk membuat tempahan tiket penerbangan pula, ia perlu dilakukan selewat-lewatnya 7 hari sebelum penerbangan, bergantung kepada kekosongan tempat. Tempahan juga perlu dibuat menerusi laman web travelpass.fireflyz.com.my sahaja.

Perlu diambil perhatian, pengguna pas tanpa had ini hanya boleh tidak hadir sebanyak satu kali selepas menempah tiket penerbangan, sebelum pas dibatalkan jika tidak hadir kali kedua. Tiada pulangan wang bayaran surcaj, cukai atau SST jika tidak hadir penerbangan yang telah ditempah.

Pas ini sangat bagus untuk pengguna yang mahu terbang sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh had pas tersebut. Apatah lagi, Firefly terbang dari Lapangan Terbang Subang. Dekat untuk mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang, berbanding pergi ke KLIA di Sepang.

Maklumat lanjut mengenai pas tanpa had Firefly ini boleh dirujuk di laman web Firefly Travel Pass.

Tags: Firefly
Najib

Najib

POPULAR

Terbang tanpa had ke seluruh Malaysia dengan Firefly Travel Pass

Terbang tanpa had ke seluruh Malaysia dengan Firefly Travel Pass

25 August 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN