• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemilik Proton Perdana diminta ganti beg udara percuma di pusat servis demi keselamatan

  • OLEH Najib
  • 12:04 pm
  • 25/08/2020
  • Komen
Pemilik Proton Perdana diminta ganti beg udara percuma di pusat servis demi keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar kereta nasional negara, Proton memohon kerjasama pemilik kereta Proton Perdana, supaya membawa kereta tersebut ke pusat servis Proton secepat mungkin. Ini kerana Proton telah mengesan beberapa kereta keluarannya, menggunakan beg udara Takata yang berhadapan masalah di peringkat antarabangsa.

Menurut Proton, model Perdana yang terlibat dihasilkan antara tahun 2012 sehingga akhir 2018. Tindakan ini diambil selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR). Laporan ini dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Traffik Lebuhraya Kebangsaan Amerika (NHTSA), yang memerlukan penggantian inflator beg udara bukan kering. Pihak PROTON telah memulakan proses penggantian sejak bulan Januari 2019.



“Dari usaha sama kakitangan dan pengedar PROTON, kami telah berjaya menghubungi pelanggan dan melakukan penggantian inflator beg udara. Sebanyak 6,342 kereta yang terjejas dan setakat 18 Ogos 2020, pusat servis kami telah melakukan penggantian untuk 5,625 unit atau 87.5% dari jumlah keseluruhannya,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

“Keselamatan pelanggan amat penting untuk PROTON. Walau bagaimana pun, kami tidak dapat menghubungi semua pemilik Proton Perdana sebab maklumat pemilik tidak lengkap. Oleh itu, kami ingin menyeru semua pemilik yang belum mengganti inflator beg udara mereka, hubungi pusat servis kami untuk membuat temu janji segera. Pertukaran inflator beg udara ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam serta tidak akan dikenakan apa-apa bayaran. Kereta yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018 pula tidak perlu menukar beg udara,” tambah beliau.



Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar

Pemilik Proton selain model Perdana, tidak perlu risau tentang masalah beg udara Takata. Ini kerana Proton menegaskan beg udara dari pembekal berlainan digunakan pada model selain Perdana.

Jika pelanggan masih ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, mereka dinasihatkan untuk menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel ke customercare @ proton.com.

Tags: protonProton Perdana
Najib

Najib

POPULAR

Pemilik Proton Perdana diminta ganti beg udara percuma di pusat servis demi keselamatan

Pemilik Proton Perdana diminta ganti beg udara percuma di pusat servis demi keselamatan

25 August 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN