• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi PlayTV kini boleh digunakan di TV Android dan kotak Android TV

  • OLEH Najib
  • 3:26 pm
  • 26/08/2020
  • Komen
Unifi PlayTV kini boleh digunakan di TV Android dan kotak Android TV
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi Unifi PlayTV, kini boleh digunakan di Android TV. Bermakna, pengguna TV pintar Android serta kotak Android TV yang serasi, boleh menonton kandungan Unifi PlayTV dari Android TV mereka.

Sebelum ini, Unifi PlayTV hanya boleh digunakan di telefon pintar dan tablet sahaja. Ia tidak boleh digunakan di Android TV. Tetapi kini ia boleh dilakukan, dengan mendaftar masuk menggunakan ID Unifi TV yang sama.



Untuk menggunakan Unifi PlayTV di Android TV, anda perlu memasang aplikasinya dahulu dengan memuat turun di Google Playstore. Jika anda terlupa kata laluan ID Unifi, ia boleh diperoleh semula dengan mudah.

Caranya, dengan menggunakan aplikasi Unifi PlayTV di telefon pintar. Muat turun dan lancarkan Unifi PlayTV di telefon pintar, kemudian pergi ke Profile dan pilih Login. Seterusnya tekan pada ‘Forgot Password‘ dan masukkan Unifi ID (xxxxx@iptv). Setelah itu, pilih SMS atau emel untuk menerima kod me’reset’ kata laluan. Ikut arahan seterusnya untuk menukar kata laluan.



Bagaimanapun, aplikasi ini hanya boleh digunakan di Android TV yang diiktiraf oleh Google sahaja. Ini kerana ada banyak kotak Android TV di pasaran, tetapi hanya segelintir yang diiktiraf Google, seperti Mi Box S dan Mi TV Stick.

Seperkara lagi, daftar masuk untuk Unifi PlayTV hanya terdapat untuk pelanggan pek Unifi TV sahaja. Pelanggan boleh menggunakan ID yang sama, di dua peranti serentak. Unifi PlayTV juga hanya boleh ditonton di Malaysia, ia disekat dari tontonan di luar Malaysia kerana hak siaran yang berbeza di negara lain.

Beberapa soalan lazim boleh dirujuk di FAQ di sini. Jika anda masih ada sebarang persoalan mengenainya, boleh ajukan kepada Unifi menerusi Live Chat di aplikasi MyUnifi atau di www.unifi.com.my, atau menerusi Facebook Unifi dan twitter @helpmeunifi, atau menulis emel ke help @ tm.com.my.

Tags: Unifiunifi playTV
Najib

Najib

POPULAR

Unifi PlayTV kini boleh digunakan di TV Android dan kotak Android TV

Unifi PlayTV kini boleh digunakan di TV Android dan kotak Android TV

26 August 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN