• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Wiko WiShake Extra diperkenal dengan dua bekas pengecas

  • OLEH Najib
  • 6:56 pm
  • 26/08/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Wiko merupakan satu jenama yang terkenal dengan telefon pintar mampu milik di Malaysia. Kini mereka menyertai pasaran audio dengan memperkenalkan fon kepala TWS, Wiko WiShake Extra. Seperti biasa, ia menawarkan harga yang mampu milik.

Wiko WiShake Extra membawakan rekaan yang sangat dikenali ramai, iaitu seperti Apple Airpods. Tetapi kelebihan pada produk ini ialah ia ada dua bekas pengecas, menerangkan nama Extra padanya.



Bekas pengecas biasanya berbentuk bulat, boleh mengecas semula kedua belah fon kepala sehingga tiga kali. Pengecas kedua pula datang bersama klip yang mudah disangkut, hanya memuatkan fon kepala sebelah kanan sahaja.

Dengan cas penuh, WiShake Extra boleh memainkan lagu sehingga 5 jam lamanya. Jika ditambah dengan tiga kali mengecas di dalam bekas mengecas, memberikannya masa penggunaan sehingga 20 jam. Pengecas ekstra memberikan sedikit lagi masa penggunaan untuk fon kepala kanan. Bekas pengecas ini menggunakan sambungan USB-C untuk mengecas.



Fon kepala ini datang dengan permukaan peka sentuh, membolehkan kawalan lagu dibuat tanpa mengeluarkan telefon. Ia turut boleh mengesan apabila fon kepala dicabut dari telefon, seterusnya memberhentikan lagu dari dimainkan. Sambungan Bluetooth 5.0 yang pantas dan mudah, serasi untuk digunakan bersama peranti Android dan iOS.

Fon kepala TWS Wiko WiShake Extra dijual di Malaysia pada harga RM199. Ia kini boleh didapati menerusi Stor Rasmi Wiko di Lazada. Hanya terdapat satu warna disediakan iaitu putih.

Tags: WikoWiko WiShake Extra
Najib

Najib

POPULAR

Wiko WiShake Extra diperkenal dengan dua bekas pengecas

26 August 2020
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN