Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Galaxy Note 20 63sen, 63GB data percuma dan banyak lagi dalam Sambutan Celcom 63milang

Celcom hari ini melancarkan Kempen “MeReka Merdeka” dan tawaran “63milang Celcom” sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 tahun ini. Dua inisiatif ini digerakkan bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia dan mengekalkan kekukuhan perpaduan negara sebagai komuniti penyayang, terus maju dan bebas dari pandemik yang sedang melanda.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata walaupun sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun ini adalah berbeza, namun Celcom, sebuah organisasi tempatan, ingin menyatukan rakyat Malaysia dengan tawaran eksklusif Hari Merdeka ke-63 negara melalui rangkaian 4G yang terluas, serta memberi peluang untuk memperoleh pendapatan kreativiti dalam mereka pelitup muka, selain menjaga keselamatan dan kekal berhubung.

“Selain terus mematuhi peraturan ketika melakukan aktiviti sosial sepanjang sambutan ini, Celcom membolehkan pelanggan untuk kekal selamat dan terus berhubung melalui tawaran yang luar biasa. Sempena ulang tahun Kemerdekaan tahun ini, pelanggan Celcom dapat menikmati pelbagai tawaran eksklusif selain dapat memiliki telefon pintar Samsung Galaxy Note 20 5G terbaru pada harga 63 sen, ‘Mix & Match’ mana-mana 2 telefon pintar PERCUMA untuk keluarga dan orang tersayang, serta 63GB internet berkelajuan tinggi dengan Celcom Xpax. “

Kempen “MeReka Merdeka”

Celcom menjalin kerjasama dengan Earth Heir dalam kempen ini, untuk menghasilkan rekaan pelitup muka sekaligus menjana pendapatan tambahan. Pelitup muka yang terpilih akan dihasilkan dan dijual dalam pasaran tempatan, dan hasil jualan akan disalurkan terus kepada pereka pelitup muka tersebut.

Mereka yang berminat untuk menghantar penyertaan, boleh berbuat demikian menerusi laman web mereka-merdeka.com.my. Rekaan haruslah bertemakan “Apakah maksud kebahagiaan negara” dan dimuat naik selewatnya pada 11 September 2020. 10 rekaan akan dipilih dan disenarai pendek pada 18 September, dan menerima wang tunai RM2,000 serta 100% hasil jualan pelitup muka rekaan mereka.

BACA  TuneTalk beri 1GB percuma selama 24 jam akibat gangguan rangkaian Celcom

Celcom juga akan bekerjasama dengan artis seni tanah air untuk menghasilkan pelitup muka edisi terhad, antaranya Alia Bastamam, Cloakwork, Suhaimi Ali dan Karthine Maniam. Ia akan dipamerkan di laman web mereka-merdeka.com.my.

Celcom turut menghasilkan filem pendek “MeReka Merdeka”, yang diinspirasikan dari kisah penghasilan topeng muka N95 oleh rakyat Malaysia, pada awal tahun 1900-an ketika wabak melanda dunia waktu itu.

Galaxy Note 20 5G hanya 63sen

Bermula dari hari ini, 27 Ogos sehingga 30 September 2020, pelanggan Celcom dan Xpax berpeluang membeli telefon pintar Samsung Galaxy Note 20 5G, pada harga 63sen sahaja. Bagaimanapun, hanya seorang akan dipilih dari penyertaan yang dihantar setiap hari. Penyertaan boleh didapati menerusi aplikasi Celcom Life.

Selepas tamat, sebanyak 35 penyertaan akan dipilih secara rawak untuk membeli Galaxy Note 20 5G, pada harga 63sen. Nama pemenang akan diumumkan di laman web Celcom dan pemenang akan diberitahu menerusi SMS atau di dalam aplikasi.

Jadi, jangan lupa untuk membuka aplikasi Celcom Life setiap hari dan menghantar penyertaan untuk peluang membeli Galaxy Note 20 5G, pada harga 63sen sahaja.

63GB data percuma

Khas buat pelanggan prabayar Xpax, mereka boleh mendapatkan 63GB data percuma apabila melanggan pas internet 7 hari, 14 hari atau 30 hari. Langganan pelan 7 hari dan 14 hari akan menerima 63GB data yang boleh digunakan dalam masa 2 hari. Bagi langganan pelan 30 hari pula, menerima 63GB data untuk kegunaan 3 hari.

Tawaran ini boleh didapati di dalam aplikasi Celcom Life, di bahagian just4ME.

Dua telefon pintar percuma

Untuk pelanggan pelan keluarga Celcom Mega Family, mereka boleh mendapatkan dua telefon pintar percuma secara ‘Mix & Match’. Antara model yang ditawarkan ialah Vivo Y50, Oppo A92, Galaxy A51, Galaxy A11 dan banyak lagi.

BACA  Microsoft Surface Pro X dengan cip baru SQ2 mula dijual di Malaysia

Kunjungi cawangan Blue Cube berhampiran untuk mendapatkan tawaran dua telefon pintar percuma ini.