Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei Watch Fit & FreeLace Pro boleh didapati di Malaysia bermula 9 September 2020

Bersama-sama dengan Huawei MatePad dan MatePad T 10, pengguna juga bakal disajikan dengan dua aksesori kecergasan Huawei yang akan menemui anda pada 9 September 2020. Mereka ialah Huawei Watch Fit dan Huawei FreeLace Pro.

Huawei Watch Fit

Jam tangan ini agak unik sebab ia ada gaya macam Apple Watch tapi badannya bukan segi empat sama sebaliknya segi empat tepat. Apabila dipakai, ia menutupi keseluruhan pergelangan tangan hasil penggunaan paparan yang lebih panjang daripada biasa.

Pada harga RM499, ini adalah peranti boleh pakai dengan paparan AMOLED antara yang termurah dalam penawaran mereka. Watch Fit ada paparan peka sentuhan sebesar 1.64” pada resolusi 280 x 456.

Anda boleh temui fungsi-fungsi asas sebuah jam tangan kecergasan dalamnya. Ia ada pengimbas nadi, penerima isyarakt satelit geolokasi, dan akselerometer.

Dalam badannya terkandung bateri 180mAh yang katanya boleh membekalkan tenaga selama 10 hari lamanya mengikut pola penggunaan.

Huawei FreeLace Pro

Andainya anda mencari headfon yang boleh menyaring bunyi bising, Huawei FreeLace Pro boleh buang hingar sehingga 40dB menggunakan teknologi Active Noise Cancellation (ANC).

Ia dijual pada harga RM399 bermula 9 September 2020.

Selain permukaan peka sentuhan di bahagian kepala earfon, arahan jug aboleh diberikan menerusi butang fizikal yang terletak di bawah penyambung earfon.

Di bahagian unit yang mengeluarkan bunyi, Ia dilengkapi pemacu 14mm yang menggunakan diafragma aloi alumunium-magnesium. Ada juga ruang kosong yan gbretindak sebagai woofer untuk frekuensi rendah. Untuk fungsi ANC, ada sepasang mikrofon di setiap unit speaker, semuanya dipadatkan dalam unit yang kompak.

FreeLace Pro tidak memerlukan kabel tambahan untuk dicas kerana kepala pengecasnya memang berada pada badan produk tersebut.

BACA  Microsoft Surface Pro X dengan cip baru SQ2 mula dijual di Malaysia