Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelan Hotlink Postpaid kini dengan lebih data dan ditambah kuota YouTube

Sejak semalam, beberapa pengguna pelan pascabayar Hotlink Postpaid menemui kuota mereka menerima satu tambahan baru, kuota khas YouTube. Hari ini, Hotlink mengesahkan perkara tersebut dengan kemas kini baru di laman web Hotlink Postpaid.

Semua pelan pascabayar Hotlink Postpaid mengekalkan panggilan dan SMS tanpa had ke seluruh rangkaian di Malaysia. Bagi pelan asas Hotlink Postpaid 30, ia masih memiliki kuota 1GB untuk kegunaan semua, tetapi ditambah dengan 1GB kuota khas YouTube.

Pelan baru Hotlink Postpaid

Pelan Hotlink Postpaid 40 pula menerima pengurangan kuota untuk penggunaan semua, dari 11GB menjadi 8GB sahaja. Tetapi ia ditambah dengan kuota khas YouTube 8GB, menjadikan kuota keseluruhan kepada 16GB.

Bagi pelan Hotlink Postpaid 60, sebelum ini ia berkadar RM70/bulan tetapi kini menjadi RM60/bulan dengan perubahan kuota. Pada harga RM70/bulan yang lepas, ia memiliki kuota kegunaan semua 20GB dan kuota YouTube 10GB. Kini dengan harga lebih murah, ia diberi kuota kegunaan semua 15GB dan kuota YouTube 15GB. Jadi kuota keseluruhan masih sama 30GB, dengan harga RM10 lebih murah.

Pelan lama Hotlink Postpaid

Hotlink juga masih menyediakan pas aplikasi tanpa had dalam tiga kategori iaitu:

  • Pas Sosial Tanpa Had RM10/bulan – Facebook, Instagram, Snapchat, Twitter, Pinterest
  • Pas Muzik Tanpa Had RM10/bulan – KKBox, Joox, Saavn, Spotify, Smule
  • Pas Chat Tanpa Had RM5/bulan – WhatsApp, WeChat, Line, Imo, QQchat

Selain itu, Maxis turut menawarkan peranti berharga RM1 bersama kontrak pelan Hotlink Postpaid 60. Hanya satu telefon pintar ditawarkan pada harga RM1 iaitu Vivo Y11 (3GB+32GB) bernilai RM499. Senarai penuh tawaran peranti Hotlink Postpaid adalah seperti berikut:

  • Vivo Y11 (3GB+32GB bernilai RM499) – RM 1
  • Oppo A12 (3GB+32GB bernilai RM549) – RM 99
  • Huawei Y6p (4GB+64GB bernilai RM559) – RM 99
  • Samsung Galaxy A11 (3GB+32GB bernilai RM599) – RM 199
  • Oppo A31 (4GB+128GB bernilai RM699) – RM 299
BACA  Garmin Instinct eSports, jam pintar khas untuk aktiviti sukan elektronik

Layari laman Hotlink Postpaid untuk maklumat lanjut.