Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tiada lagi DNA gamers dalam Realme 7 Pro

Kalau anda dah terlupa dengan siri Realme 6, ia dilancarkan di India pada 5 Mac 2020 yang lalu. 6 bulan kemudian, pada 3 September 2020, Realme India melancarkan pula siri Realme 7. Seperti biasa, ada dua Realme 7 diperkenalkan kepada pengguna iaitu:

  • Realme 7
  • Realme 7 Pro

Kalau anda puji melambung Realme 6 Pro yang miliki specs gaming seperti bateri besar dan paparan refresh rate tinggi, Realme 7 mungkin berita buruk buat anda sebab paparan itu sudah tiada.

Realme 7 Pro

Sepatutnya, interasi seterusnya setiap gajet elektronik akan menampilkan naik taraf komponen dalam pada masa yang sama mengekalkan apa yang ada.

Realme 7 Pro kehilangan paparan 90Hz sebaliknya digantikang dengan 60Hz sahaja. Mujurlah panel LCD dulu telah digantikan dengan panel Super AMOLED. Kalau tidak, tentu sekali pengguna akan mengamuk.

Walau bagaimanapun, bahagian kameranya terima naik taraf saujana apabila ia ada pengecasan 65W dan anda boleh isi bateri 4,500mAh dalam masa kurang daripada 1 jam.

Yang dikekalkan adalah SoC 720G bersama-sama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB.

Beralih ke jabatan pengimejan, anda akan temui empat kamera belakang dan satu kamera depan. Spesifikasinya adalah seperti berikut:

  • 64MP F1.8
  • 8MP F2.3 ultralebar
  • 2MP F2.4 bokeh
  • 2MP F2.4 makro
  • 32MP F2.4 selfie

Beza kamera Realme 7 Pro berbanding 6 Pro adalah sensor kamera utama telah ditukar kepada sensor Sony dan di bahaigan depan, dwikamera selfie (16MP+8MP) ditukar kepada ekakamera selfie 32MP.

Realme 7

Yang ini barulah naik taraf yang sepatutnya. Paparan 90Hz dikekalkan daripada generasi sebelumnya dan SoC dinaik taraf.

Realme 7 kini menggunakan SoC Mediatek G95 dengan gandingan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Baterinya juga diperbesar kepada 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W.

BACA  Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile

Di bahagian kamera, ia kekalkan konfigurasi kuadkamera belakang dengan ekakamera depan. Bezanya adalah kamear utama 64MP kini menggunakan sensor Sony seperti Realme 7 Pro manakala kamera selfie diperkasa sensor 16MP.

Harga

Siri Realme 7 akan mula dijual di India pada harga seperti berikut:

  • Realme 7 (6GB + 64GB) – INR14,999
  • Realme 7 (8GB + 128GB) – INR16,999
  • Realme 7 Pro (6GB + 128GB) – INR19,999
  • Realme 7 Pro (8GB + 128GB) – INR21,999

Berikut adalah harga pelancaran siri Realme 6 di India tempoh hari:

  • Realme 6 (4GB + 64GB) – INR12,999
  • Realme 6 (6GB + 128GB) – INR14,999
  • Realme 6 (8GB + 128GB) – INR15,999
  • Realme 6 Pro (6GB + 128GB) – INR17.999
  • Realme 6 Pro (6GB + 64GB) – INR16,999
  • Realme 6 Pro (8GB + 128GB) – INR18,999