Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, dikecam oleh pengguna twitter selepas beliau mengatakan di dalam Dewan Negara yang mulia, bahawa Veveonah, pelajar UMS yang menjalani peperiksaan di atas pokok tempoh hari sebagai penipu.
Beliau menyatakan perkara tersebut sebagai jawapan kepada persoalan sama ada projek NFCP yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan lepas, akan diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional. Di akhir jawapan, beliau menambah cerita bahawa Veveonah adalah YouTuber yang cuba meraih populariti dalam menghasilkan video, sedangkan videonya mengambil peperiksaan di atas pokok adalah palsu, kerana beliau telah memeriksa bahawa tiada peperiksaan di universiti Veveonah pada waktu tersebut.
Apabila video beliau menjawab persoalan tersebut dimuat naik di twitter, ia mula tular dan sohor kini, sekaligus menerima banyak komen dari warga twitter. Kebanyakannya mengecam beliau kerana tidak menjawab persoalan mengenai masalah internet di luar bandar, di samping cuba merendah-rendahkan usaha Veveonah mengambil peperiksaan di atas pokok.
Tidak lama selepas itu, Timbalan Menteri memuat naik status di Facebook beliau memohon maaf kepada Veveonah, kerana mendapat maklumat yang tidak tepat. Beliau akan menjelaskannya di Dewan Negara pada hari Isnin depan.
Berikut adalah antara beberapa komen di twitter mengenai kenyataan Timbalan Menteri menuduh Veveonah menipu.
"Veveonah tidak ada peperiksaan tapi hanya untuk ambil nama. Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu”.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 3, 2020
Ya Allah. Kalau nak bantu selesaikan masalah akses internet, selesaikan. Jangan dilekehkan orang muda & penduduk luar bandar!
This is not helping at all! https://t.co/2Y7sZqWVWu
Tak kesah la xde exem ke apa pun memang hampir 50% kat Sabah punya masalah telekom. Benda ni kena akui bukan nak tutup kelamahan dgn statement bangng mcm ni.
— WA. Cleverius (@iAm_Cleverius) September 3, 2020
Kau pernah sudah kana pugai ka? Ka baru mau cuba try test? KALAU TIDAK VIRAL , SAMPAI SEKARANG MASIH LAGI DIA CARI LINE DI ATAS POKOK. KAU MAU TRY TINGGAL DI GATA KA? Dasar corrupted politician. Makan duit rakyat ja tau 😌
— 𝓢𝓪𝓻𝓪𝓱 💫 (@itsyobebe) September 3, 2020
Dah jadi Timbalan Menteri, suruhlah team kau verify dengan UMS. Lepas ni kalau UMS issue slip exam & Veveonah share raw file info which include dates, checkmate.
— KNB (@nizambakeri) September 3, 2020
And, by the way, PRN Sabah is around the corner. Shafie Apdal will eat you alive with his rhetorics. https://t.co/iJrpLtVxDa
Politician tua yang takda function macam ni patut turun lah dari jawatan. Buat malu kat orang ja. Ada patut salahkan student balik
— ⬅️ tukang jaga kebun orang (@ripthewhisperer) September 3, 2020
Letak jawatanlah @ZahidiZainuI, have you check with UMS?
— Romeo (@__romeo______) September 3, 2020
Regardless, the real issue is the connectivity, are you suggesting that rural area no need coverage is it? https://t.co/E4rcy4gDDA
Please file a lawsuit against the Vocket dan menteri yang penipu tu due to defamation. GO GIRL! https://t.co/AIeCgUM63F
— Raja Susu Melaka 🐮| Farm Fresh🥛| Cowrasa Froyo🍦 (@amir_susu) September 3, 2020
atleast she did a great job exposing how pedalaman sabah treated by the government and get her hometowm a good internet line for everyone🙂 https://t.co/txQDaspfh9
— anis 🇵🇸 (@kyeombabo) September 3, 2020