• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qualcomm perkenal Adaptive ANC yang saring hingar mengikut keadaan telinga pemakai

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:38 am
  • 07/09/2020
  • Komen
Surface Earbuds Percubaan Pertama Microsoft Dalam Arena TWS
Share on FacebookShare on Twitter

Fungsi Active Noise Cancellation (ANC) kini mula menyerap masuk kedalam produk kepenggunaan bertanda harga pertengahan dan bawah. Tahun 2021 anda boleh jangkakan lebih banyak produk harga patut dilengkapi ANC terutamanya dengan  pengumuman Adaptive ANC daripada Qualcomm.

Qualcomm jangkakan bermula 2020, TWS generasi baru akan meletup

Menurut Qualcomm, perbezaan ketara Adaptive ANC daripada mereka dengan ANC konvesinal dalam pasaran sekarang ialah penyelesaian mereka secara pintar akan beradaptasi dengan fizikaliti si pemakai untuk menyaring hingar seoptimum mungkin.



Dalam masa nyata (real time), Adaptive ANC akan kenal pasti tahap kekedapan yang diberikan oleh produk audio terhadap rongga telinga serta tahap hingar sekeliling sebelum menetapkan tahap ANC yang sesuai untuk anda. Hasilnya, pengguna tak perlu kerap memperbetul kedudukan earfon mereka untuk dapatkan kekedapan maksimum.

Satu lagi manfaat Adaptive ANC Qualcomm adalah semua manfaat ini terletak atas cip yang sama yang mengendalikan strim audio. Tiada komponen tambahan diperlukan maka produk TWS yang ada Adaptive ANC boleh dihasilkan sekompak mungkin.



Empat cip pertama yang menyokong fungsi Adaptive ANC ini ialah:

  • QCC5144
  • QCC5131
  • QCC3046
  • QCC5126

Merujuk pada SoC yang paling berkuasa iaitu QCC5144, TWS yang diperkasa cip ini ada ciri seperti:

  • Fizikaliti ultrakokmpak
  • Sokongan Adaptive ANC
  • Sokongan aptX Adaptive, aptX, dan aptX HD.
  • Bluetooth 5.2 BLE
  • Bandwidth 2Mbps untuk kualiti audio lebih baik

Sumber

Tags: ANCaudioQualcommqualcomm adaptive anc
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Surface Earbuds Percubaan Pertama Microsoft Dalam Arena TWS

Qualcomm perkenal Adaptive ANC yang saring hingar mengikut keadaan telinga pemakai

7 September 2020
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN