Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung umum Galaxy M51, mungkin telefon dengan bateri terbesar sepanjang tahun 2020

Pasaran India hari ini telah menerima penyertaan Galaxy M51 yang katanya telefon pertama pasaran itu yang ada bateri 7,000mAh. Saya tak hairan kalau ia jadi telefon yang ada bateri terbesar dalam pasaran Malaysia kalau ia tiba di sini.

Di India, ia dijual pada harga bermula INR24,999 (RM1,416) untuk konfigurasi RAM 6GB dan storan 128GB. Saya nampak yang telefon ini laku keras dalam kalangan pengguna yang sudah mual dengan MIUI yang sarat dengan iklan.

Spesifikasi yang didukung telefon ini pun agak menarik untuk sebuah telefon kelas pertengahan. Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 730G, enjin sama yang menjalankan Mi Note 10, Mi 9 SE, dan Vivo X50.

Selain menyediakan konfigrasi RAM 6GB dan storan 128GB, ia juga ada konfigurasi RAM 8GB dan storan 128GB pada harga INR26,999 (RM1,530).

Di bahagian muka, ia ada paparan 6.7” sAMOLED dengan resolusi FHD+ daripada jenis Infinity-O. Dalam lubang paparan, terletak kamera selfie 32MP.

Masih tentang kamera, di bahagian belakang ada 4 kamera dengan kombinasi 64MP, 12MP (ultralebar), 5MP (makro), dan 5MP (bokeh).

Bagi mengisi bateri gergasi telefon ini, Samsung menyediakan blok pengecas 25W.

Sumber

BACA  Pelancaran Galaxy S21 dimeriahkan bersama 21 persembahan di festival maya