• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton X50 – rupa sebenar luar dan dalam

  • OLEH Najib
  • 1:08 pm
  • 12/09/2020
  • Komen
Proton X50 – rupa sebenar luar dan dalam
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lama menjadi buah mulut ramai, Proton akhirnya memperlihatkan rupa sebenar kenderaan yang dinanti rakyat Malaysia, Proton X50. Menariknya, Proton memuat naik gambar dalaman dan luaran X50 sepenuhnya.

Seperti yang diketahui ramai, Proton X50 dibina berasaskan model Geely Binyue di China. Walaupun begitu, ia menerima sentuhan jurutera tempatan bagi mengekalkan rupa Proton dalam pelbagai sudut. Antaranya corak tenunan di jeriji hadapan dengan garisan berwarna merah.



Selain itu, dapat dilihat terdapat logo TGDI di pintu pemandu, serta ‘Panoramic Sunroof’, dijangka untuk varian tertinggi. Satu lagi perkara yang menarik, ‘brake caliper’ dicat dengan warna merah tetapi ia mungkin satu lagi tambahan untuk varian tertinggi.

Gambar yang dikongsi Proton ini menunjukkan Proton X50 akan datang dalam warna kelabu dan merah. Sebelum ini, Proton telah berkongsi video ringkas yang memberi petunjuk tersembunyi tentang Poton X50, di dalam warna biru.



Di bahagian dalam, dapat dilihat rekaan moden dan terkini seperti sistem hiburan dengan skrin sentuh terapung, serta paparan muka dengan warna kontras yang sangat jelas. Selain itu, tombol gear pada X50 dilihat menyerupai tombol gear ‘shift-by-wire’ di X70 yang baru, memberi petunjuk bahawa ia akan dilengkapi sistem DCT 7-kelajuan.

Satu perkara yang dilihat unik pada X50 dan tidak terdapat pada model Geely Binyue, adalah lubang penyaman udara belakang. Ini adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan untuk negara beriklim panas seperti Malaysia. Selain itu, terdapat juga dua port USB di atasnya yang pastinya memudahkan penumpang belakang mengecas peranti mereka.

Proton X50 dijangka akan hadir dengan enjin turbo 1.5-liter 3-silinder yang mampu menghasilkan kuasa 177hp dan tork setinggi 255Nm. SUV kompak ini dianggarkan akan dijual pada harga di bawah RM100,000, bersaing dengan model seperti Honda HR-V dan Toyota C-HR.

Pelancaran Proton X50 pasti akan berlangsung tidak lama lagi, memandangkan semakin banyak gambar dan video petunjuk telah dikeluarkan sendiri oleh Proton. Proton meminta orang ramai untuk menantikan lebih banyak berita dari mereka dalam masa terdekat, menerusi media sosial dan laman web Proton.

Sumber: Proton

Tags: protonProton X50
Najib

Najib

POPULAR

Proton X50 – rupa sebenar luar dan dalam

Proton X50 – rupa sebenar luar dan dalam

12 September 2020
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN