• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

TikTok tolak tawaran Microsoft, mungkin buang algoritma sebelum dijual

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:33 pm
  • 14/09/2020
  • Komen
TikTok tolak tawaran Microsoft, mungkin buang algoritma sebelum dijual
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dilaporkan kami tempoh hari, kerajaan A.S memberi masa sehingga 12 November 2020 untuk TikTok menjual operasi luar China mereka kepada entiti A.S atau tindakan senarai hitam akan diambil.

Presiden Trump “arah” Microsoft beli TikTok

Ia adalah tempoh yang dilanjutkan daripada tarikh asal iaitu 15 September 2020.



Namun, sehingga sekarang, tiada sebarang kata putus dicapai walaupun daripada Microsoft sendiri yang katanya akan membeli platform perkongsian video tersebut. Malah, menurut Microsoft, tawaran mereka kepada ByteDance, pemilik TikTok telah ditolak.

Semuanya masih ditahap rundingan dan selain Microsoft, Oracle juga dicanang sebagai calon yang sesuai untuk mengambil alih TikTok dek servis storan awan yang dimiliki mereka.



ByteDance pula tak menolak kemungkinan untuk menjual TikTok tanpa algoritma kerana ia adalah tulang belakang platfrom tersebut yang dibangunkan mereka daripada kosong hinggalah meletup seperti sekarang. Analogi yang dikongsikan mereka adalah “kereta boleh dijual, tapi enjinnya tidak” dan pada masa yang sama memberitahu pemilik baharu TikTok perlu membangunkan algoritma mereka sendiri.

Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada TikTok selepas 12 November 2020 nanti jika perpindahan hak milik tidak dijalankan. Setakat ini, penganalisa melihat yang TikTok akan diharamkan di A.S, sama seperti yang sedang diamalkan di India.

Sumber, 2

Tags: MicrosoftTikTok
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

TikTok tolak tawaran Microsoft, mungkin buang algoritma sebelum dijual

TikTok tolak tawaran Microsoft, mungkin buang algoritma sebelum dijual

14 September 2020
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN