• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Gambar terbocor iPhone 12 ada kamera berbeza dari iPhone 11

  • OLEH Najib
  • 12:22 pm
  • 15/09/2020
  • Komen
Gambar terbocor iPhone 12 ada kamera berbeza dari iPhone 11
Share on FacebookShare on Twitter

Apple akan mengadakan satu acara pelancaran malam ini, tetapi ia dijangka tidak melibatkan model terbaru iPhone. Sementara itu, satu berita terbocor yang baru tentang iPhone 12 menunjukkan terdapatnya perbezaan pada kamera belakangnya, berbanding iPhone 11.

Menerusi twitter @EveryApplePro, mereka berkongsi sebuah video yang menunjukkan casis badan, dikatakan untuk iPhone 12 Pro. Antara perkara paling ketara dilihat ialah bahagian sisi telefon yang rata dan diperbuat dari besi berkilat, berbeza dari sisi iPhone 11 yang melengkung.



https://twitter.com/EveryApplePro/status/1304529976486776833

Pada kamera belakang pula, kelihatan tiga lubang besar untuk kamera, masih sama seperti iPhone 11 Pro. Perbezaan ialah pada dua lubang kecil. Lubang kecil di atas dijangka sama iaitu LED Flash tetapi lubang di bawah berbeza kerana saiznya lebih besar dari yang ada di iPhone 11 Pro. Dikatakan, ia akan menempatkan pengimbas LiDAR (Light Detection and Ranging – Pengesan Cahaya dan Jarak).

Pengimbas LiDAR telah digunakan Apple di iPad Pro dan ia adalah teknologi yang digunakan di kapal terbang dan dron untuk mengimbas peta 3D. Di peranti, ia digunakan sebagai pengimbas ‘Augmented Reality‘ (AR) untuk kegunaan pelbagai aplikasi. Contohnya di aplikasi pengukuran Measure, ia boleh mengukur dengan lebih pantas dan tepat.



Jika video ini benar, bermakna pengimbas LiDAR bukan sahaja terdapat untuk model Pro Max, tetapi juga di model Pro yang lebih kecil. Selain itu, kelihatan slot kad sim diubah ke kiri. Manakala di sisi kanan, terdapat potongan baru yang dikatakan untuk memuatkan antena 5G.

Apple dikhabarkan akan melancarkan empat model iPhone 12 tahun ini, dengan tarikh pelancaran dijangka sekitar bulan Oktober. Untuk bulan September, desas-desus kuat mengatakan Apple akan melancarkan jam pintar dan iPad yang baru.

Sumber: 9to5mac

Tags: appleApple iPhone 12
Najib

Najib

POPULAR

Gambar terbocor iPhone 12 ada kamera berbeza dari iPhone 11

Gambar terbocor iPhone 12 ada kamera berbeza dari iPhone 11

15 September 2020
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN