Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sony lakur A7III dengan A6600 untuk hasilkan A7C

Sony telah mengumumkan satu kamera baru. Sony A7C asasnya adalah sebuah Sony A7III dalam badan A6500. Maka terjadilah sebuah kamera full frame dengan lensa boleh tukar terkecil di dunia.

Daripada A7III, kamera ini mewarisi banyak benda yang sama. Ia ada sensor full frame 24.2MP, penstabil imej dalam badan (IBIS) 5 paksi, bit rate video yang sama, dan macam-macam lagi.

Sebilangan port I/O boleh anda temui di sisi kamera. Antaranya ialah mikrofon 3.5mm, audio out 3.5mm, mini-HDMI, USB-C, dan satu slot SD penuh. Kamera ini masih guna bateri FZ100 A7III, jadi anda tak hadapi masalah kesesuaian jika anda berhijrah dairpadanya.

Paling menarik ialah ia ada skrin boleh kilas menghadap kedepan macam A7SIII yang mencadangkan Sony menyasarkan kamera ini untuk vlogging dan videografi. Ia ada skrin 3.0″ pada resolusi 9.21MP dan viewfinder sebesar 0.39″ pada resolusi 2.36″.

Malangnya, A7C tidak mewarisi sistem menu baharu A7SIII sebaliknya tetap gunakan sistem menu kuno A7III.

Untuk siapakah kamera ini sesuai? Melihat pada rupa dan spesifikasi, saya rasakan yang Sony ingin menarik pengguna kamera APS-C terutamanya A6600 dan seangkatan dengannya untuk berhijrah kepada full-frame yang lebih berkaliber.

Untuk harga, Sony masih belum umumkan harga rasminya. Tapi anda boleh jangkakan ia berada antara A6600 yang dijual pada harga RM6,199 (body) dan A7III yang dijual pada harga RM8,899 (body).

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Lumix S5 sertai siri S sebagai kamera full-frame termurah jenama Panasonic