• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch SE ganti tempat series 5 dengan harga lebih murah

  • OLEH Najib
  • 6:14 pm
  • 17/09/2020
  • Komen
Apple Watch SE ganti tempat series 5 dengan harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Watch SE diumumkan bersama Apple Watch series 6 sebagai jam pintar Apple kelas pertengahan. Ia dikuasakan oleh cip Apple S5, sama seperti Apple Watch series 5 tetapi memiliki fungsi yang dikurangkan.

Rekaan luar Apple Watch SE sama seperti series 6, dengan pilihan badan 40mm dan 44mm. Ia menggunakan paparan OLED yang sama seperti series 4 tetapi tidak ada fungsi sentiasa hidup ‘Always-ON’ yang pertama kali diperkenalkan di series 5.



Bagi pengesan aktiviti kesihatan, ia datang bersama sensor denyutan nadi optikal generasi kedua, yang tidak memiliki ECG dan pengesan tahap oksigen di dalam darah. Walaupun begitu, fungsi ECG masih tidak terdapat di Malaysia. Tetapi satu kelebihan, ia ada fungsi altimeter sentiasa aktif, yang pertama kali diperkenal di series 6.

Lain-lain fungsi yang ada di Apple Watch SE adalah seperti notifikasi tahap denyutan nadi yang tinggi atau endah, SOS kecemasan, pemantau bunyi bising dan pengesan kejatuhan. Jam ini juga dilengkapi GPS, kompas serta speaker generasi kedua dan mikrofon.



Menggunakan WatchOS 7 terbaru, ia juga dapat akses ke fungsi terkini seperit pemantau waktu tidur, penjejak kitaran haid serta pengesan dan peringatan membasuh tangan. Bateri di dalamnya memberikan jangka hayat sehingga 18 jam dan boleh digunakan di dalam air sehingga 50 meter dalam semasa berenang.

Badan jam Apple Watch SE diperbuat dari aluminium yang dikitar semula, dengan pilihan warna perak, emas atau kelabu. Terdapat pelbagai jenis tali jam boleh dipilih dan ia turut disediakan dengan tali jam yang diperkenalkan bersama series 6, Solo Loop.

Tarikh jualan Apple Watch SE di Malaysia masih belum diumumkan tetapi harganya telah dipaparkan di Stor Online Apple Malaysia.

Aluminium + Sport Loop / Solo Loop
40mm GPS – RM1,199
40mm GPS + Selular – RM1,449
44mm GPS – RM1,349
44mm GPS + Selular – RM1,599

Jika anda mahu pilihan yang lebih murah, Apple masih menjual Apple Watch series 3 dengan harga diturunkan, bermula dari RM849 untuk versi 38mm dan dari RM999 untuk versi 42mm. Manakala Apple Watch series 6 yang terbaru dan dilengkapi sensor Oksigen di dalam Darah, harganya bermula dari RM1,749 untuk versi 40mm dan RM1,899 untuk versi 44mm.

Tags: appleapple watchApple Watch SE
Najib

Najib

POPULAR

Apple Watch SE ganti tempat series 5 dengan harga lebih murah

Apple Watch SE ganti tempat series 5 dengan harga lebih murah

17 September 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN