Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Konsol Sony PlayStation 5 bersama aksesori dan game mula dijual November 2020

Dalam acara Sony Showcase baru-baru ini, Sony telah mengumumkan akan mula menjual konsol generasi terbaru mereka, Playstation 5 (PS5) bermula bulan November tahun ini. Mereka turut mengumumkan harga jualan konsol tersebut bersama beberapa aksesori dan tajuk permainan yang diedarkan oleh Sony sendiri.

Gelombang pertama jualan Sony PS5 akan bermula pada 12 November 2020 di Amerika Syarikat, Jepun, Mexico, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Manakala negara-negara lain, jualan akan bermula pada 19 November 2020 dan ke atas, bergantung kepada kelulusan undang-undang tempatan. Untuk Malaysia, tarikh jualan Sony PS5 masih belum ditetapkan.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, terdapat dua jenis PS5 iaitu PS5 Digital Edition (PS5 DE) tanpa pemacu cakera Bluray dan PS5 biasa. PS5 DE akan dijual pada harga USD 399.99 (~RM1,659) manakala PS 5 akan berharga USD 499.99 (~RM2,074). Di Jepun pula, harga PS 5 DE adalah JPY 39,980 (~RM1,578) dan PS5 pula JPY 49,980 (~RM1,973).

Pada tahun 2013, Playstation 4 (PS4) pertama kali dilancarkan pada harga USD 399 dan di Malaysia, harga pengenalannya ialah RM1,799. Pada tahun itu, kadar tukaran USD 1 masih di bawah RM3.50. Mungkin sukar untuk kita melihat PS5 di bawah RM2,000 memandangkan kadar tukaran USD 1 kini melebihi RM4.

Bersama pengumuman ini, Sony turut menyatakan bahawa mereka akan turut menjual beberapa aksesori untuk PS5 pada bulan November. Antaranya ialah:

  1. Alat kawalan wayarles DualSense – USD 69.99 (~RM290)
  2. Fon kepala wayarles PULSE 3D – USD 99.99 (~RM414)
  3. Kamera HD Camera dwi-lensa 1080p – USD 59.99 (~RM248)
  4. Alat kawalan jauh media – USD 29.99 (~RM124)
  5. Stesen pengecas DualSense – USD 29.99 (~RM124)
BACA  Motorola Razr 5G tampil meriahkan segment telefon boleh lipat

Khas untuk pelanggan PlayStation Plus, mereka yang membeli PS5 akan menerima koleksi khas PlayStation Plus Collection. Ia adalah koleksi beberapa tajuk permainan dari PS4, yang sedia dimuat turun dan dimainkan terus di PS5, oleh ahli PlayStation Plus apabila PS5 mula dijual pada bulan November nanti.

Tajuk permainan yang terdapat di dalam PlayStation Plus Collection adalah:

  1. God of War
  2. The Last of Us: Remastered
  3. Uncharted 4: A Thief’s End
  4. Battlefield 1
  5. Monster Hunter World
  6. Fallout 4
  7. Final Fantasy XV
  8. The Last Guardian
  9. Ratchet and Clank
  10. Infamous: Second Son
  11. Days Gone
  12. Bloodborne
  13. Detroit: Become Human
  14. Batman Arkham Knight
  15. Mortal Kombat X
  16. Persona 5
  17. Until Dawn
  18. Resident Evil: Biohazard

Sony juga menyenaraikan beberapa tajuk permainan baru yang diedarkan oleh studio Sony sendiri, akan tersedia pada hari pertama jualan PS5 nanti. Tajuk permainan tersebut adalah:

  1. Astro’s Playroom (Japan Studio) – datang bersama PS5
  2. Demon’s Souls (Bluepoint Games / Japan Studio) – USD 69.99 (~RM290)
  3. Destruction All Stars (Lucid Games / XDEV) – USD 69.99 (~RM290)
  4. Marvel’s Spider-Man: Miles Morales (Insomniac Games) – USD49.99 (~RM207)
  5. Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition (Insomniac Games) – USD69.99 (~RM290)
  6. Sackboy A Big Adventure (Sumo Digital / XDEV) – USD59.99 (~RM248)

Adakah semua perkara ini cukup menjadikan anda sangat teruja? Tetapi jika anda belum tahu tentang Sony PS5, mari saya cerita serba sedikit tentangnya.

Konsol terbaru Sony ini dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen Zen 2 8-teras, dengan kelajuan sehingga 3.5Ghz. Cip grafiknya pula menggunakan kuasa AMD Radeon RNA2. RAM pula dari jenis GDDR6 sebesar 16GB dan storan dalamannya menggunakan SSD seluas 825GB.

Konsol ini boleh mengeluarkan paparan sehingga 8K atau 4K 120Hz melalui HDMI, serta Audio 3D. Alat kawalan baru dipanggil DualSense Controller kini menggantikan DualShock Controller, menggunakan sambungan berwayar USB-C dan sambungan wayarles Bluetooth v5.1.

BACA  Kamera di bawah skrin, akan dilancar di telefon Xiaomi tahun hadapan

Kini kita perlu tunggu pengumuman rasmi dari Sony Malaysia pula, bilakah PS5 akan dijual di Malaysia dan berapa pula harga rasminya. Harap-harap tak mahal sangat.

Sumber: Sony