• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Powerbank wayarles dan pencukur elektrik baru Xiaomi sudah tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:31 pm
  • 18/09/2020
  • Komen
Powerbank wayarles dan pencukur elektrik baru Xiaomi sudah tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Dua produk baru Xiaomi hari ini diumumkan tiba secara rasmi di Malaysia. Produk tersebut ialah powerbank wayarles, 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential dan pencukur elektrik, Mi Electric Shaver S500.

Kedua-dua produk ini boleh mula dibeli hari ini, dari stor online Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta di kedai fizikal Mi Store serta pengedar sah Xiaomi yang lain.



10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential

Dengan semakin banyak peranti menyokong pengecasan wayarles, powerbank terbaru Xiaomi ini pasti memberi pilihan kepada pengguna untuk mengecas peranti mereka. Ia boleh mengecas peranti yang menyokong pengecasan wayarles Qi, dengan kuasa sehingga 10W.

Untuk mengisi tenaga di dalam, ia menggunakan sambungan USB-C dan menyokong pengecasan pantas 18W. Bagi pengecasan berwayar, ia juga menyokong pengecasan pantas 18W menerusi port USB-A. Kapasiti powerbank ini sebesar 10,000mAh.



Powerbank wayarles ini dijual pada harga RM109 dengan dua pilihan warna, hitam dan putih. Dalam talian, ia boleh dibeli di Lazada.

Mi Electric Shaver S500

Pencukur elektrik ini menggunakan sambungan USB-C untuk mengecas, sama seperti telefon pintar jadi ia mudah dibawa ke mana-mana. Dengan mengecas penuh, ia boleh digunakan sehingga 60 minit secara berterusan.

Menggunakan motor Mabuchi 260, ia menggerakkan pisau 360-darjah dengan kelajuan dan tork tinggi, memastikan ia dapat mencukur di setiap sudut.

Untuk memudahkan penggunaan, terdapat skrin LED yang menunjukkan status bateri, memberi amaran tahap bateri, peringatan dan fungsi mengunci. Badan pencukur ini juga kalis air IPx7, jadi ia boleh dicuci menggunakan air dengan mudah.

Pencukur elektrik Mi Electric Shaver S500 dijual di Malaysia pada harga RM169. Hanya terdapat satu warna untuknya iaitu hitam. Dalam talian, ia boleh dibeli di Lazada dan Shopee.

Tags: Mi Electric Shaver S500Mi Wireless PowerBankxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Powerbank wayarles dan pencukur elektrik baru Xiaomi sudah tiba di Malaysia

Powerbank wayarles dan pencukur elektrik baru Xiaomi sudah tiba di Malaysia

18 September 2020
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN