• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV Pintar Realme ‘akan datang’ dipamer di pembukaan Stor Realme Sunway Pyramid

  • OLEH Najib
  • 2:22 pm
  • 19/09/2020
  • Komen
TV Pintar Realme ‘akan datang’ dipamer di pembukaan Stor Realme Sunway Pyramid
Share on FacebookShare on Twitter

Dari sebuah jerayawara, Stor Realme di Sunway Pyramid kini telah membesar kepada sebuah kedai. Orang ramai kini boleh melihat dan mencuba sendiri lebih banyak produk Realme, di Stor Realme serba baharu di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Stor Realme ini terletak di Lot F1.45, Tingkat F pusat beli-belah tersebut. Lokasinya di tengah-tengah bangunan pusat beli, dikelilingi pelbagai kedai jenama telefon pintar lain seperti Oppo, Samsung, Honor dan Mi Store.



Selain telefon pintar dan pelbagai aksesori teknologi seperti fon telinga, powerbank dan gelang kecergasan, Store Realme ini turut menjual cenderahati Realme seperti T-Shirt dan beg. Stor ini turut berfungsi sebagai pusat khidmat dalam kedai yang pertama untuk Realme. Pengguna Realme boleh membawa peranti mereka yang bermasalah, untuk diselidik dan dibaiki di sini.

Satu perkara menarik yang kami temui semasa berada di dalam Stor Realme ini ialah dua buah TV yang ditampal ‘Coming Soon‘ di depannya. Ia adalah TV pintar Realme diperkasa Android TV, yang telah di dijual di Indonesia.



Terdapat 2 saiz TV Pintar Realme ini, 32-inci dan 43-inci. Kedua-duanya memiliki spesifikasi yang sama seperti dikuasakan oleh cip Mediatek 4-teras Cortex-A53, Grafik Mali 470 MP3, RAM 1GB, Storan 8GB, 4 pembesar suara, Android TV bersama Chromecast, serta pelbagai sambungan seperti HDMI, USB, WiFi, Bluetooth 5, inframerah dan banyak lagi.

Bagaimanapun, tarikh jualan TV Pintar Realme di Malaysia masih belum diberitahu. Untuk rujukan, TV ini telah dijual di Indonesia pada harga IDR 2.499.000 (~RM698) untuk model 32-inci dan IDR 3.799.000 (~RM1,060).

Bagi meraikan pembukaan stor baru ini, Realme mengadakan pelbagai acara menarik yang menawarkan hadiah seperti telefon pintar Realme X3 Superzoom, Realme Band, Realme Buds Air, Realme Powerbank dan Realme Luggage. Aktiviti ini akan diadakan pada hari Ahad, 20 September 2020 dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Realme turut memberikan diskaun 50% untuk pembelian dengan pembelian (PWP) produk terpilih Realme di dalam stor, dan diskaun sehingga 20% untuk produk AIoT. Jika anda berdekatan dan mahu mendapatkan produk Realme pada harga diskaun, jangan lupa singgah ke Stor Realme di Sunway Pyramid.

Di samping itu, khas di Stor Realme Sunway Pyramid, mereka akan membuka tempahan awal untuk telefon pintar siri Realme 7, yang akan dilancarkan minggu hadapan. Bagi Realme 7, tempahan dibuka dari 24 hingga 25 September dan akan menerima hadiah percuma peralatan masaj leher. Bagi Realme 7 Pro pula, tempahan boleh dibuat dari 24 September hingga 2 Oktober dan menerima hadiah percuma Realme Buds Q, bernilai RM129.

Kenali siri Realme 7 menerusi artikel kami di bawah ini.

Tiada lagi DNA gamers dalam Realme 7 Pro
Tags: Realme Smart TV
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
TV Pintar Realme ‘akan datang’ dipamer di pembukaan Stor Realme Sunway Pyramid

TV Pintar Realme ‘akan datang’ dipamer di pembukaan Stor Realme Sunway Pyramid

19 September 2020
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER