• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

“TM dakwa kelajuan 200Mbps di pelan 500Mbps satu kesilapan”, ia sangat tidak meyakinkan

  • OLEH Najib
  • 3:16 pm
  • 19/09/2020
  • Komen
“TM dakwa kelajuan 200Mbps di pelan 500Mbps satu kesilapan”, ia sangat tidak meyakinkan
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Telekom Malaysia (TM) dikesan dalam diam, telah mengubah kelajuan muat naik pelan 500Mbps kepada separuh. Pelan tersebut telah diperkenal pada 24 Ogos dengan kelajuan muat naik 200Mbps, tetapi ada pelanggan menemui bahawa ia kini diberikan kelajuan muat naik hanya 100Mbps.

TM telah memberi maklum balas kepada kami dengan kenyataan berikut:



Telekom Malaysia Berhad, berhasrat untuk menerangkan bahawa tiada sebarang perubahan dibuat kepada tetapan kelajuan muat naik untuk pelanggan pakej 500Mbps sedia ada.

Kami ingin memaklumkan terdapat pembetulan dibuat terhadap kesilapan kelajuan muat naik untuk pakej 500Mbps di dalam ruangan soalan lazim (FAQ), portal Unifi dan risalah pada 2 September 2020. Tetapan muat naik sebenar untuk pakej 500Mbps adalah 100Mbps, berbanding 200Mbps yang dinyatakan di dalam FAQ, portal Unifi dan risalah.

Kami ingin memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang dihadapi dan memberi kepastian kepada pelanggan kami bahawa semua saluran, termasuk laman web dan kandungan pemasaran telah dikemas kini untuk memperlihatkan maklumat yang tepat.

Untuk sebaran pertanyaan, hubungi wakil khidmat pelanggan kami di pusat panggilan 100, TMpoints di seluruh negara atau ejen maya di aplikasi myunifi.

Menurut TM, keterangan kelajuan muat naik 200Mbps untuk pelan Unifi 500Mbps di pelbagai saluran perhubungan adalah “kesilapan” dan sebenarnya tiada “perubahan” pada tetapan kelajuan iaitu 100Mbps. Di dalam kenyataan ini, TM turut mengaku bahawa mereka telah membaiki kesilapan ini pada 2 September 2020.

Penipuan iklan

Keterangan di laman web Unifi pada 24 Ogos 2020

“Kesilapan” ini telah memberi kefahaman yang salah kepada pelanggan di mana mereka menyangka akan menerima kelajuan muat naik 200Mbps untuk pelan 500Mbps. Ini dikira penipuan di dalam iklan kerana pengguna tidak menerima apa yang telah diiklankan di laman web, risalah dan FAQ.



Salah seorang pengguna yang tertipu, Wang Mat pada awalnya melihat tawaran Unifi adalah lebih baik dari pelan Maxis 500Mbps, kerana Maxis hanya memberikan kelajuan muat naik 100Mbps. Apatah lagi TM mengenakan bayaran lebih mahal, RM249/bulan untuk pelan 500Mbps, berbanding Maxis 500Mbps hanya RM219/bulan. Jika kelajuan muat naik sebenarnya sama, sudah pasti pelan Maxis lebih berbaloi dari Unifi.

Penipuan sebegini bertentangan dengan Kod Amalan Pengguna Umum (GCC) yang turut ditandatangani oleh TM tahun lepas. Syarikat telekomunikasi harus telus dalam pengiklanan, bermakna terma, syarat dan kontrak harus disebut dengan jelas untuk memastikan hak pengguna dilindungi.

Tiada kenyataan dibuat sehingga terkantoi

Lebih teruk lagi adalah, TM telah mengetahui mereka membuat kesilapan ini tetapi tidak memaklumkannya secara terbuka kepada pengguna. Sejurus selepas dilancarkan, semua media telah melaporkan bahawa pelan Unifi 500Mbps datang bersama kelajuan muat naik 200Mbps, seperti jadual di atas.

Ini bukanlah kesilapan menaip yang kecil kerana muat naik 200Mbps ini ditulis di semua saluran perhubungan seperti FAQ, risalah iklan dan laman web. Kesilapan menaip ini hanya dibetulkan selepas 8 hari pelan ini diperkenalkan. Ia satu jangka masa yang sangat panjang untuk mengesahkan terdapat kesilapan di laman web mereka. Tetapi jika terdapat kesilapan menaip tentang harganya lebih murah, sudah pasti ia pantas ditangani.

Menurut Wang Mat, dia telah menghubungi talian 100 TM beberapa kali antara 24 Ogos dan 12 September tetapi tiada wakil TM memaklumkan bahawa terdapatnya “kesilapan” tersebut. Beliau hanya mendengar tentangnya menerusi pekerja di TMPoint Parit Buntar.

Apa akan terjadi kepada pelanggan sedia ada?

Kesilapan ini pasti membuatkan pelanggan hilang kepercayaan, apatah lagi pelan jalur lebar terikat dengan kontrak 24-bulan. Kami telah menghubungi TM untuk mendapatkan penjelasan jika terdapat pilihan disediakan untuk pelanggan, terutama sekali yang mendaftar sebelum “kesalahan” tersebut diakui secara rasmi.

Pelanggan tidak seharusnya menjadi mangsa kesilapan yang dibuat oleh TM. Sekurang-kurangnya, TM boleh membenarkan pelanggan pelan 500Mbps sedia ada membatalkan pelan mereka tanpa penalti, atau menyediakan sahaja kelajuan muat naik 200Mbps untuk mereka seperti yang diiklankan lebih awal.

Kenapa TM kedekut dengan kelajuan muat naik?

Dalam zaman teknologi serba canggih kini, agak mengejutkan apabila TM bersikap kedekut dalam kelajuan muat naik. Kebiasaannya, kebanyakan pengguna akan menggunakan muat turun lebih banyak dari muat naik. Jadi ia tidak akan memberi kesan besar untuk menyediakan kelajuan muat naik lebih tinggi apabila diperlukan.

Muat naik yang lebih pantas sangat membantu untuk membuat salinan ke storan awan dan menstrim video. Ia juga membantu pembuat kandungan digital terutama sekali untuk memuat naik video berdefinisi tinggi.

Di dalam FAQ TM sendiri, mereka menyatakan 90% pengguna akan menggunakan kelajuan muat naik kurang dari 5Mbps. Jika ternyata sebegitu, kenapa TM tidak memberikan saja kelajuan muat naik lebih tinggi kerana pengguna jarang mencapai had maksima? Buat masa ini, pelan Unifi 500Mbps adalah lebih mahal dari Maxis dan TM ada kelebihan jika kelajuan muat naik mereka digandakan.

Sumber: SoyaCincau

Tags: Unifi
Najib

Najib

POPULAR

“TM dakwa kelajuan 200Mbps di pelan 500Mbps satu kesilapan”, ia sangat tidak meyakinkan

“TM dakwa kelajuan 200Mbps di pelan 500Mbps satu kesilapan”, ia sangat tidak meyakinkan

19 September 2020
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER