Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PROMO: Diskaun hingga RM200 untuk pembelian laptop, telefon dan jam pintar Honor

Jika anda berminat untuk memiliki laptop, telefon pintar atau jam pintar Honor, anda boleh membelinya dengan diskaun sehingga RM200. Tawaran ini diberikan untuk pembelian di Stor Online HiHonor, sehingga 15 Oktober 2020 atau kod promosi habis ditebus.

Produk yang terlibat dalam promosi ini ialah laptop MagicBook 14 (16+512GB), telefon pintar Honor 9X dan Honor 9X Pro, serta jam pintar siri MagicWatch 2. Pengguna perlu memasukkan kod promosi khas untuk mendapatkan diskaun ini. Perlu diambil maklum, promosi ini tidak boleh digunakan bersama promosi yang lain.

Bagi laptop MagicBook 14 (16+512GB), diskaun sebanyak RM200 boleh didapati dengan memasukkan kod ASIARM200 semasa checkout. Dari harga asal RM2,999, baucar ini memberi diskaun RM200 menjadikan harganya hanya RM2,799.

Untuk telefon pintar Honor 9X dan Honor 9X Pro, kod promo yang perlu digunakan semasa checkout ialah ASIARM100. Diskaun RM100 akan diterima, menjadikan harga Honor 9X hanya RM799 dan Honor 9X Pro pula RM899, selepas ditolak RM100.

Bagi jam pintar, siri MagicWatch 2 menampilkan model 46mm berwarna hitam (RM699) dan coklat (RM749), serta model 42mm berwarna hitam (RM599) dan Emas Ros (RM799). Diskaun RM100 diberikan untuk mana-mana siri MagicWatch 2, dengan memasukkan kod ASIARM100 semasa checkout.

Kod promosi disediakan dalam kuantiti terhad, atau digunakan sebelum 15 Oktober 2020. Pembelian pula hanya boleh dibuat di Stor Online HiHonor sahaja. Segera ke sana untuk menebus kod promosi ini sebelum ia habis ditebus.

BACA  Laptop Honor MagicBook 14 kini RM200 lebih murah