• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KITA Prihatin: PM umum Bantuan Prihatin Nasional dan Program Subsidi Upah diperkenal semula

  • OLEH Najib
  • 3:45 pm
  • 23/09/2020
  • Komen
KITA Prihatin: PM umum Bantuan Prihatin Nasional dan Program Subsidi Upah diperkenal semula
Share on FacebookShare on Twitter

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Program Subsidi Upah (PSU) akan diperkenalkan semula versi 2.0. Manakala Geran Khas Prihatin (GPK) akan dilanjutkan tempoh permohnan. Begitulah yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Muhyidin Yassin dalam perutusan khas bertajuk ‘Kita Prihatin‘ petang tadi.

Kita Prihatin atau Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin, adalah lanjutan kepada BPN dan PSU yang diumumkan PM awal tahun ini. Bagaimanapun, BPN 2.0 dan PSU 2.0 tidak menyediakan jumlah yang sama seperti dahulu.



Program Subsidi Upah 2.0

Untuk PSU 2.0, syarikat yang mengalami penurunan hasil melebihi 30% berbanding tahun lepas, layak memohon bantuan ini. Berbanding 6 bulan, program kali ini diberikan selama 3 bulan sahaja.

Kadarnya masih sama, RM600 sebulan untuk setiap pekerja dengan maksimum pekerja 200 orang sahaja. Permohonan untuk program ini dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.



Bantuan Prihatin Nasional 2.0

BPN 2.0 pula, diberikan kepada penerima yang sama di dalam 4 kategori. Pemberian wang tunai dikurangkan dan tempoh pemberian juga lebih lama. Pemberian akan dibuat sebanyak dua kali, pada hujung Oktober 2020 dan hujung Januari 2020. Kategori dan jumlah wang yang diberikan adalah seperti berikut:

  • B40 Berkeluarga – RM1,000
  • B40 Bujang – RM500
  • M40 Berkeluarga – RM600
  • M40 Bujang – RM300

Geran Khas Prihatin

Kerajaan juga akan membuka semula permohonan Geran Khas Prihatin untuk usahawan kecil dan sederhana mikro. Syaratnya kini dipanjangkan untuk syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sebelum 1 September 2020.

Kepada usahawan yang belum pernah memohon sebelum ini, boleh berbuat demikian dari 1 hingga 31 Oktober 2020. Bantuan sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak dan berjaya.

Sumber: Perdana Menteri

Tags: Bantuan Prihatin NasionalGeran Khas Prihatin
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
KITA Prihatin: PM umum Bantuan Prihatin Nasional dan Program Subsidi Upah diperkenal semula

KITA Prihatin: PM umum Bantuan Prihatin Nasional dan Program Subsidi Upah diperkenal semula

23 September 2020
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN