Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tiada lagi Pro, OnePlus 8T seterusnya akan guna nama Ultra

Tidak lama lagi, OnePlus akan memperkenalkan model naik taraf untuk telefon pintar flagship mereka tahun ini. Seperti sebelum ini, OnePlus 8 akan menerima sedikit tambahan bersama huruf T di belakang. Apa yang berbeza, versi Pro dikatakan akan menggunakan nama baru, Ultra.

OnePlus telah mengesahkan akan mengadakan acara pelancaran siri OnePlus 8T pada 14 Oktober 2020. Mereka masih tidak berkongsi banyak perkara tentang model baru ini, tetapi menegaskan tentang satu perkara, OnePlus 8T Ultra. Model ini dilihat akan menggantikan nama Pro bagi varian OnePlus yang lebih atas.

Perkara ini dapat dilihat dalam video promosi yang dimuat naik OnePlus. Video tersebut bertajuk, Onplus 8T – Ultra Stops at Nothing. Tiada langsung rupa telefon terdapat di dalam video ini, kecuali dalam sesaat di minit 0:19.

Walaupun spesifikasi OnePlus 8T masih misteri, sebagai peranti flagship, ia dijangka akan dilengkapi pemproses Snadragon 865, serta pengecasan pantas 65W. Selain itu, OnePlus telah mengesahkan bahawa, skrin OnePlus 8T adalah dari jenis AMOLED Fluid 120Hz.

Dalam satu video lain, Robert Downey Jr menyatakan bahawa OnePlus 8T akan bergerak pantas. Tidak dapat dipastikan apakah yang dirujuk beliau tentang kepantasan tersebut.

Kita nantikan ketibaan hari pelancaran OnePlus 8T. Dalam menuju hari tersebut, pasti OnePlus akan membocorkan maklumat tentang telefon baru mereka, sedikit demi sedikit.

Sumber: GSMarena

BACA  Apple turunkan harga iPhone XR dan iPhone 11, buang pengecas dan EarPods