• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perutusan khas ‘Kita Prihatin’ petang ini, akan menyentuh bantuan terus kepada rakyat?

  • OLEH Najib
  • 11:42 am
  • 23/09/2020
  • Komen
Perutusan khas ‘Kita Prihatin’ petang ini, akan menyentuh bantuan terus kepada rakyat?
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan satu perutusan khas pada petang ini. Poster perutusan tersebut bertajuk ‘Kita Prihatin‘, menyatakan ia akan disiarkan secara langsung pukul 2.30 petang ini.

Poster tersebut turut menyatakan akan terdapat siaran ulangan perutusan tersebut, jam 9 malam ini. Dalam semua poster pengumuman untuk perutusan khas, tidak pernah dinyatakan akan ada siaran ulangan, walaupun ia akan disiarkan berulang kali selepas itu. Ini mungkin menandakan perutusan ini adalah penting untuk semua rakyat Malaysia, dan boleh mendengarnya semula jika terlepas siaran langsung.



Perutusan Khas YAB Perdana Menteri. pic.twitter.com/6gH6o9Qlsx

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) September 23, 2020

Seperti biasa, siaran langsung ini boleh ditonton di saluran RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani. Siaran ini boleh dilihat di kaca TV melalui MyFreeview, atau menerusi internet di YouTube dan laman web saluran yang berkenaan.

Pengumuman ini dilihat akan menyentuh isu moratorium, iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman yang akan tamat pada hujung bulan September ini. Moratorium diumumkan pada bulan Mac lepas, sebagai satu langkah untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang tidak dapat keluar bekerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19.



Bank diarah tangguh bayaran pinjaman individu dan PKS selama 6 bulan

Semasa diumumkan, kerajaan mendapatkan kerjasama pihak bank untuk memberikan moratorium selama 6 bulan, dari Mac hingga September 2020. Tetapi selepas 6 bulan, wabak COVID-19 masih belum dapat dibanteras dan kawalan terhadapnya masih tinggi. Walaupun pergerakan telah dibenarkan dan perniagaan dibuka semula seperti biasa, kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mengarahkan rakyat untuk menjalani gaya hidup baharu seperti kewajipan memakai topeng muka di khalayak ramai serta penjarakan fizikal.

Selain itu, antara perkara yang menjadi persoalan ialah bantuan tunai kerajaan. Selain moratorium, kerajaan telah memberikan bantuan tunai sehingga RM1,600 kepada isi rumah dengan pendapatan RM8,000 ke bawah. Tetapi ia diberikan dalam dua peringkat, pada bulan April dan Mei sahaja.

Bantuan Prihatin Nasional: Semak kelayakan dan cara mendapatkan pemberian tunai BPN di sini

Adakah tema ‘Kita Prihatin’ dalam perutusan kali ini akan menyentuh lagi isu moratorium dan bantuan tunai? Ini kerana ada banyak perniagaan masih belum pulih, terutama sektor pelancongan. Ramai juga pekerja yang diberhentikan akibat kerugian yang ditanggung syarikat dan masih tidak dapat mencari kerja baharu.

Kita nantikan pengumuman Perdana Menteri pukul 2.30 petang nanti.

Sumber: Perdana Menteri

Tags: muhyiddin yassin
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Perutusan khas ‘Kita Prihatin’ petang ini, akan menyentuh bantuan terus kepada rakyat?

Perutusan khas ‘Kita Prihatin’ petang ini, akan menyentuh bantuan terus kepada rakyat?

23 September 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER