Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Latihan digital percuma khas untuk industri pelancongan dengan “Mahir Digital Bersama Google”

Sektor pelancongan adalah sektor paling terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Selepas ekonomi dibuka semula, ia mula mendapat permintaan tinggi. Sebuah kajian Google mengenai pelancongan yang diterbitkan baru-baru ini mendapati bahawa, 1 daripada 2 individu dalam Asia Pasifik, sangat ingin untuk melancong.

Namun, pemulihan sektor pelancongan adalah tidak seragam dengan fasa pemulihan berbeza dari negara ke negara. Kajian tersebut turut mendedahkan tiga pembelajaran penting bagi perniagaan yang dapat membantu pemulihan pelancongan:

  1. Pacu minat digital: Para pelanggan mahukan maklumat berguna secara atas talian.
  2. Jadi relevan ketika COVID: Keselamatan mungkin suatu jenama baru, tetapi persepsi terhadap keselamatan berlainan dari negara ke negara.
  3. Cara baru untuk menjalankan perniagaan: Keperluan untuk merancakkan semula pelancongan Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).

Bagi menyokong pemulihan sektor tersebut, Google Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persatuan Agen-Agen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), akan mengadakan siri webinar khas di bawah inisiatif Mahir Digital Bersama Google bagi membantu para perniagaan berhubung bersama para pengguna di atas talian.

Sesi webinar secara siaran langsung ini akan diadakan pada 30 September, serta pada 1, 7, 8 dan 14 Oktober. Individu dan pemilik perniagaan Malaysia yang berminat, boleh mendapatkan latihan percuma dan melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan digital yang berkaitan menerusi sesi webinar ini. Ia dapat membantu mereka melancarkan kehadiran atas talian mereka, dan mengembangkan perniagaan menggunakan pelbagai peralatan digital menerusi program tersebut.

Para pemilik perniagaan yang berminat untuk mengikuti latihan Mahir Digital Bersama Google atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesi-sesi tersebut boleh melayari goo.gle/my-mahirdigital.

Jadual Bengkel Webinar tersebut adalah seperti berikut:

30 September, 10 pagi – Trend pelancongan sepanjang COVID-19

BACA  Nokia 2.4, harga mampu milik dengan kuasa bateri 2-hari

Untuk memahami sentimen pengguna berkenaan pelancongan ketika krisis COVID-19 dengan lebih lanjut, kami telah menjalankan tinjauan keinginan untuk melancong merentasi rantau Asia Pasifik dan Malaysia. Berdasarkan penemuan kami, kami telah mengenal pasti trend penting bagi menyediakan perniagaan pelancongan.


1 Oktober, 10 pagi – Paparkan perniagaan anda di Google Search dan Maps

Terokai Google My Business, sebuah peralatan percuma bagi para perniagaan yang dapat menghubung dan berkomunikasi bersama para pelanggan anda di Google Search dan Maps.


1 Oktober, 11 pagi – Sesi perkongsian perniagaan kecil: Kwai Chai Hong

Ketahui bagaimana pengasas Kwai Chai Hong telah menggunakan peralatan dan penyelesaian digital untuk berhubung dan berkomunikasi bersama para pelanggan dalam tempoh masa mencabar ini.


7 Oktober, 10 pagi – Mula menggunakan Google Analytics

Pelajari dan analisa bagaimana para pelanggan berinteraksi bersama laman web perniagaan anda, dan gunakannya sebagai tindakan yang boleh diambil.


8 Oktober, 10 pagi – Pengenalan kepada pengiklanan atas talian

Pelajari bagaimana untuk menjangkaui lebih ramai pelanggan dan mengembangkan perniagaan anda menggunakan Google Ads.


14 Oktober, 10 pagi – Mula menggunakan Google Ads

Kuasai kemahiran untuk mencipta dan menyesuaikan kempen-kempen Google Ads yang dapat memaparkan iklan-iklan kepada para pelanggan yang mencari apa yang anda tawarkan.


“COVID-19 mungkin telah mencabar dari segi banyak perkara dari kami, tetapi kami yakin mungkin muncul di sisi lain dengan lebih besar, lebih baik dan lebih kuat. Kami telah melihat rakyat dan perniagaan-perniagaan menyesuaikan diri dengan ketahanan, tekad dan kepintaran, dan ketika kita menuju ke arah pemulihan ekonomi Malaysia, kami percaya satu-satunya cara untuk kita pergi dari sini adalah secara ke atas dan seterusnya, ” kata Marc Woo, Ketua Negara Google Malaysia. “Kami berharap agar latihan-latihan tersebut akan dapat membantu perniagaan kecil dan sederhana Malaysia di dalam sektor pelancongan selari dengan perjalanan pemulihan negara.”

BACA  Pelan Hotlink tanpa had kini ada hotspot tanpa had, hanya tambah RM5

“Program Mahir Digital Bersama Google akan memacu matlamat MDEC dalam menghasilkan rakyat Malaysia yang berbekalkan kemahiran digital serta perniagaan yang didorong digital dengan lebih jauh, terutamanya di dalam industri pelancongan. Menerusi kolaborasi ini bersama Google, program tersebut akan menawarkan kandungan Mahir Digital Bersama Google pada peringkat nasional dengan memperkasakan PKS tempatan dalam sektor ini untuk mengorak langkah ke alam digital. Kami yakin bahawa program tersebut akan menggalakkan lebih banyak PKS untuk menerima pakai peralatan digital baru untuk terus maju walaupun selepas pemulihan dari COVID-19,” kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

“Seiring dengan usaha MATTA untuk menghidupkan semula industri pelancongan, kami berasa gembira untuk berkolaborasi bersama Mahir Digital Bersama Google untuk melengkapkan ahli-ahli kami yang terdiri daripada agen-agen pelancongan dan para pengusaha lawatan dengan peralatan untuk memacu perniagaan mereka di atas talian. Dengan pendekatan pemulihan yang mengetengahkan pelbagai cabaran buat perniagaan, ia kini sangat penting untuk kita bersatu untuk memperkasakan perniagaan ahli-ahli kami dengan meningkatkan kemahiran mereka menerusi maklumat dan peralatan yang tepat bagi meningkatkan keupayaan digital dan kehadiran perniagaan mereka pasca Covid-19,” kata Datuk Tan Kok Liang, Presiden MATTA. “Menerusi pembelajaran ini, kami berharap agar ahli-ahli kami dapat mengorak langkah ke dalam dunia digital untuk berhubung bersama para pelancong dengan lebih mudah dan mengembangkan khalayak mereka dengan lebih berkesan.”

Sumber: Google Malaysia