• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Fon kepala LG Tone Free dilengkapi pembasmi 99.9% bakteria

  • OLEH Najib
  • 6:12 pm
  • 29/09/2020
  • Komen
Fon kepala LG Tone Free dilengkapi pembasmi 99.9% bakteria
Share on FacebookShare on Twitter

LG Electronics (LG) telah bekerjasama dengan pakar teknologi audio, Meridian untuk menghasilkan fon kepala TWS wayarles, LG Tone Free. Lebih baik lagi, ia datang dengan bekas pengecas yang terbina pensteril UV di dalam, yang boleh membasmi 99.9% bakteria.

Menurut LG, Tone Free adalah fon kepala yang pertama seumpamanya dilengkapi pembasmi bateria. Ia menggunakan cahaya UV LED di dalam bekas pengecas, untuk membunuh 99.9% bakteria semasa mengecas. Ini adalah penyelesaian yang terbaik untuk menjaga kebersihan, jadi pengguna tidak perlu risau menggunakannya sepanjang masa.



LG Tone Free menawarkan kualiti bunyi premium, menggunakan teknologi audio Meridian termaju. Pemproses Spatial Fonkepala Meridian (HSP) menghasilkan pentas bunyi yang realisitik seperti mendengar pembesar suara, sambil mengekalkan vokal suara yang jelas.

Teknologi penyaring hingar aktif, memastikan kualiti bunyi yang lebih baik didengari pengguna. Ia turut datang dengan fungsi ambien, menjadikan bunyi persekitaran masih kedengaran seperti tidak memakai fon kepala.



Fon kepala ini boleh memainkan lagu sehingga 6 jam dengan tenaga tambahan sebanyak 12 jam dari bekas pengecas, menjadikan jumlah hayatnya sehingga 18 jam. Pengecasan pantas selama 5 minit, membolehkan ia digunakan selama sejam. Bekas pengecasnya turut menyokong pengecasan wayarles.

Peminat kecergasan tidak perlu risau dengan air kerana ia kalis percikan IPx4, jadi boleh digunakan ketika hujan atau berpeluh. Selain boleh mengesan sama ada ia di dalam telinga atau tidak, ia turut menyokong Google Fast Pair, jadi memadankannya dengan telefon pintar Android adalah sangat mudah.

LG Tone Free ditawarkan dalam dua warna, putih dan hitam. Ia telah dijual di Malaysia dengan harga RM799 dan boleh dibeli dari wakil LG serta pengedar sah LG di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk LG Tone Free.

Tags: lgLG Free Tone
Najib

Najib

POPULAR

Fon kepala LG Tone Free dilengkapi pembasmi 99.9% bakteria

Fon kepala LG Tone Free dilengkapi pembasmi 99.9% bakteria

29 September 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN