• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

McDonald’s mahu ambil tindakan undang-undang selepas cerita ayam goreng berulat tersebar

  • OLEH Najib
  • 10:39 am
  • 29/09/2020
  • Komen
McDonald’s mahu ambil tindakan undang-undang selepas cerita ayam goreng berulat tersebar
Share on FacebookShare on Twitter

McDonald, penyedia makanan segera popular di Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu di internet. Ia berikutan terdapat muat naik di media sosial, yang menyebarkan berita palsu tentang makanan mereka.

Sementara mereka mengakui hak seseorang untuk bebas bersuara, mereka menasihatkan agar orang ramai berhati-hati ketika berkongsi kandungan di internet. Ini supaya tiada reputasi dipersoalkan berdasarkan kenyataan yang tidak berasas dan menipu. McDonald juga menekankan bahawa rasa takut yang tidak perlu, tidak disebarkan di kalangan orang ramai.



McDonald menjelaskan, kebersihan dan keselamatan makanan menjadi keutamaan dan mereka menjaga kualiti makanan ke tahap tertinggi, menurut standard penyediaan makanan yang ketat.

Dalam kenyataan tersebut juga, McDonald mengatakan bahawa mereka sedang mendapatkan nasihat guaman untuk membawa warganet tersebut ke mahkamah, termasuk sesiapa yang berkongsi dan menghasilkan semula kandungan tersebut. McDonald tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk langlah perundangan kepada sesiapa yang cuba merosakkan imej dan reputasi syarikat.



Walaupun McDonald tidak menyatakan siapa secara terus, perkara ini pastinya merujuk kepada ciapan @rabbykrabby. Dia sebelum ini telah berkongsi gambar tentang ayam goreng berulat, dikatakan dibeli dari McDonald. Ciapan tersebut telah tular, tetapi telah dipadam beberapa hari kemudian.

Sumber: ATMology

Selepas itu, dia telah memuat naik status memohon maaf tentang gambar tersebut. Dia menyatakan bahwa ayam goreng tersebut sebenarnya telah dibeli beberapa hari dan dibiarkan dalam keadaan tidak selamat, sekaligus mengakibatkan ia berulat.

https://twitter.com/rabbykrabby/status/1309046434361159683?s=19

Ciapan memohon maafnya telah dibalas dengan pelbagai reaksi dari warganet. Antaranya memarahinya kerana mengakibatkan rasa takut orang ramai. Malah jika beliau jujur, seharusnya dia terus berjumpa dengan pengurus McDonald cawangan tersebut.

Menyebar berita palsu di internet adalah satu jenayah yang serius, apatah lagi jika memburukkan seseorang. Bulan lepas, seorang wanita telah ditahan kerana menyebarkan berita penutupan pusat membeli-belah akibat COVID-19 di Facebook. Wanita tersebut mengatakan, dia menerima berita tentang perkara itu dari WhatsApp dan mahu memberi peringatan kepada orang lain.

Dilaporkan bahawa kes tersebut disiasat di bawah seksyen 500 kanun keseksaan, yang boleh membawa kepada penjara sehingga 2 tahun atau denda, atau keduanya jika disabitkan bersalah.

Orang ramai diingatkan agar tidak menyebar berita palsu, terutama di waktu COVID-19 masih berleluasa. Tidak pasti, jangan kongsi. Salah kongsi, penjara menanti.

Tags: McDonaldmcdonalds
Najib

Najib

POPULAR

McDonald’s mahu ambil tindakan undang-undang selepas cerita ayam goreng berulat tersebar

McDonald’s mahu ambil tindakan undang-undang selepas cerita ayam goreng berulat tersebar

29 September 2020
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN