• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah ini rupa dan spesifikasi sebenar Xiaomi Mi 10T?

  • OLEH Najib
  • 4:19 pm
  • 29/09/2020
  • Komen
Adakah ini rupa dan spesifikasi sebenar Xiaomi Mi 10T?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi akan melancarkan siri Mi 10T serba baru pada 30 September. Banyak maklumat dan gambaran tentangnya telah tersebar, tetapi berita terbaru dari pembocor berita terkemuka, Roland Quandt ini merumuskan segalanya yang perlu anda tahu tentang Mi 10T.

Roland berkongsi tentang dua model Mi 10T yang akan dilancarkan esok, Mi 10T dan Mi 10T Pro. Menurut maklumat yang diterimanya, kedua-dua telefon ini berkongsi banyak perkara yang sama, termasuk rupa fizikal luarannya.



  • Mi 10T
  • Mi 10T Pro

Perbezaan antara kedua model ini adalah dari saiz RAM, storan dan kamera. Bunyinya hampir sama seperti siri Mi Note 10 yang dilancarkan tahun lepas, di mana Mi Note 10 Pro memiliki RAM lebih besar, storan berganda dan lensa kamera yang lebih baik dari Mi Note 10.

Roland menyatakan Mi 10T dan Mi 10T Pro memiliki skrin LCD berukuran 6.67-inci, dengan kadar penyegaran 144Hz. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Bateri di dalamnya sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C.



Mi 10T

Kuasa pemproses pula menggunakan cip Snapdragon 865, dengan RAM LPDDR5 dan storan UFS3.1. Bezanya, Mi 10T dipasang RAM 6GB bersama storan 128GB, manakala versi Pro memiliki RAM 8GB dan storan antara 128GB dan 256GB. Kelihatan seperti tiada sokongan kad mikroSD untuk storan tambahan.

Untuk kamera pula, ia berbeza di kamera utama. Persamaannya ialah kamera ultra lebar 13MP, kamera makro 5MP dan kamera hadapan 20MP di dalam lubang di atas skrin. Untuk Mi 10T, ia menggunakan kamera utama 64MP. Tetapi di Pro, ia dipasang kamera utama 108MP dan dilengkapi penstabil imej optikal (OIS).

Mi 10T Pro

Disebabkan ia menggunakan skrin LCD, pengimbas capjari tidak terdapat di dalam skrin sebaliknya ia dipasang di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Tetapi ia ada speaker stereo dan mengekalkan pemancar infra merah. Selain itu, it turut menyokong WiFi 6, Bluetooth 5.1 dan NFC.

Siri Mi 10T dilihat seperti sedikit turun taraf dari Mi 9T apabila tidak lagi menggunakan skrin AMOLED, serta tiada kamera telefoto. Apatah lagi, Mi 9T memiliki skrin penuh tanpa takuk dan lubang, kerana ia menggunakan modul kamera pop-up boleh sembunyi.

Mi 9T

Siri Mi 10T akan menjalankan sistem operasi Android 10 bersama antaramuka MIUI 12. Dikhabarkan, harga jualan Mi 10T di Jerman ialah EUR 499 (~RM2,425) manakala Mi 10T Pro pula antara EUR 599 (~RM2,911) dan EUR 649 (~RM3,154). Maklumat rasmi pasti akan diketahui di majlis pelancaran pada 30 September.

Tetapi satu persoalan yang timbul. Jika benar maklumat dari Roland ini, maka telefon Xiaomi apakah yang akan menggunakan cip Snadragon 750G 5G? Sebelum ini khabar angin menyatakan ia akan digunakan di siri Mi 10T, atau akan ada lagi model Mi 10T yang lain kelak? Mungkin Mi 10T Lite.

Sumber: Winfuture

Tags: xiaomiXiaomi Mi 10T
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Adakah ini rupa dan spesifikasi sebenar Xiaomi Mi 10T?

Adakah ini rupa dan spesifikasi sebenar Xiaomi Mi 10T?

29 September 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER