Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Asus Vivobook 14 diperbaharui dengan cip Intel Core-i5 generasi ke-10

Asus Vivobook 14 merupakan salah satu laptop ultra ringan dan berwarna-warni, yang menepati semangat muda belia. Kini Asus Malaysia membawakan Vivobook model baru yang disegarkan dengan kuasa terkini, menggunakan cip Intel generasi ke-10.

Dengan nombor model A412, laptop Asus Vivobook 14 kini diperkasa oleh cip Intel Core-i5 generasi ke-10, bersama kad grafik Nvidia Georce MX330. RAM pula sebanyak 4GB dan disertakan storan super pantas dari jenis M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD seluas 512GB.

Ia masih mengekalkan skrin HD Penuh berukuran 14-inci, dengan bingkai nipis yang membawakan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 84%. Untuk sambungan internet, ia dilengkap WiFi 6 berkelajuan tinggi yangm memberikan 3x lebih kelajuan, 4x kapasiti lebih luas dan 75% masa pendam lebih rendah, berbanding WiFi 5.

Sambungan wayar tidak menjadi masalah kerana Vivobook 14 memiliki port yang lengkap iaitu 1x USB-C, 3x USB-A, HDMI, jek audio 3.5mm dan pembaca kad memori mikroSD. Laptop yang mudah dibawa ke mana jua ini memiliki berat hanya 1.4kg dan ketebalan 19.9mm sahaja.

Tiga warna ceria bertenaga disediakan untuk dipilih bakal pengguna, dari warna putih, biru dan hitam. Ia turut didatangkan dengan papan kekunci berlampu, bersama kekunci Enter berwarna kuning khas yang mengasingkannya dari kekunci lain dengan jelas. Asus turut memberikan pelekat khas Vivobook untuk dihiaskan untuk menghasilkan keunikan tersendiri.

Asus Malaysia telah menjual laptop Vivobook 14 ini pada harga RM2,899. Ia boleh didapati dari Stor Rasmi Asus di Lazada dan Shopee. Asus memberikan jaminan selama 2-tahun untuk pembelian laptop ini.

BACA  Ikhlas oleh AirAsia, sediakan servis Akikah di dalam dan luar negara