• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple umum pelancaran iPhone 12 pada 13 Oktober 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:39 am
  • 07/10/2020
  • Komen
Varian terkecil iPhone 12 ini sepatutnya jadi iPhone SE 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Geng yang kerjanya tukar ke iPhone terbaru setiap tahun sudah boleh draft-kan utusan WTS mereka sekarang kerana Apple hamper pasti akan lancarkan iPhone pada 13 Oktober 2020 melalui jemputan yang mula dihantar ke pihak yang berkaitan.

Dalam waktu Malaysia, acara tersebut akan berlaku pada 14 Oktober 2020 dalam pukul 1 pagi.



Kebiasaannya, iPhone baharu akan tiba dalam bulan September tahun tersebut, tapi disebabkan norma baharu masa ini, ia telah ditunda sedikit lebih lewat. Tapi tak mengapalah sebab bulan September 2020 lalu anda telah dihidangkan dengan iPad Air yang gunakan SoC paling berkuasa Apple.

Tak banyak maklumat rasmi ada dalam Internet setakat ini tapi mereka dijangka melancarkan 4 varian iPhone 12 iaitu:



  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max

Dikhabarkan, iPhone 12 mini miliki paparan sebesar 5.4”. Ia masih lebih besar berbanding skrin 4.7” iPhone SE. Rasanya dimensinya tetap sama cuma paparan berbingkai nipis menyebabkan luas paparan jadi lebih tinggi.

Kemudian di iPhone 12 Pro Max, khabar angin menyatakan yang ia adalah iPhone terbesar setakat ini iaitu pada 6.7”, 0.2” lebih besar daripada iPhone 11 Pro Max sedia ada.

Untuk spesfikasi dalaman, jangkakan SoC A14 Bionic menggalas tugas utama menggerakan telefon ini. Ia adalah SoC terbaik daripada Apple setakat ini dan yang pertama dalam industri untuk kategori litografi 5nm. Ia kini sedang digunakan oleh iPad Air (2020).

Tags: appleapple iphoneApple iPhone 12iphoneiphone 12
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Varian terkecil iPhone 12 ini sepatutnya jadi iPhone SE 2020

Apple umum pelancaran iPhone 12 pada 13 Oktober 2020

7 October 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN