• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini adalah 4 promo menarik dan 4 produk baru Xiaomi yang masuki Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:10 am
  • 07/10/2020
  • Komen
Ini adalah 4 promo menarik dan 4 produk baru Xiaomi yang masuki Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selain dua varian Mi 10T, Xiaomi turut melancarkan sejumlah produk dalam livestream yang sama. Kalau anda terlepas perkara itu, ini adalah ringkasannya.

4 promo menarik

Special Offer IoT Package:

  • Mi Smart Sensor
  • Mi Home Security Camera 360 1080p
  • RM488 RM448

Color Your Life Set

  • Mi LED Smart Bulb
  • Mi LED Desk Lamp
  • RM268 RM238

Smart Kitchen Appliances

  • Mi Smart Kettle
  • Mi IH Rice Cooker
  • RM588 RM538

Perfect Living Hall Combo

  • Mi Robot Vacuum Mop
  • Mi Air Purifier
  • RM1,687 RM1,588

Mi True Wireless Earphones 2 Basic

Earfone jenis TWS ini miliki 5 jam waktu berfungsi dengan sekali cas. Bekas penyimpannya mengandungi bateri yang boleh bekalkan tambahan 15 jam kepada penggunaan.



Anda boleh lakukan panggilan dan ia ada dua mikrofon, satu untuk unit kiri dan satu lagi untuk unit kanan. Ia berikan kepuayaan penyaring hingar untuk kualiti panggilan yang lebih jelas.

Mi True Wireless Earphones 2 Basic ini dilengkapi pemacu audio 14.2mm. Anda boleh dapatkannya bermula 9 Oktober 2020 pada harga RM139.



Mi Smart Electric Toothbrush T500

Berus gigi elektrik Xiaomi ini gunakan materi berus antibakteria. Jadi, tak perlu risau berut gigi mengumpul bakteria semasa disimpan. Motor magnetic padanya bergegar sebanyak 31 ribu seminit untuk mencungkil semua plak-plak kotor pada gigi.

Ia dicas melalui tapak khas dan boleh berikan waktu operasi sehingga 18 hari lamanya dalam penggunaan kasual. Anda boleh dapatkannya bermula 9 Oktober 2020 pada harga RM149.

Mi Air Purifier Pro H

Penapis udara kediaman ini telah ditambah baik daripada segi cakupan operasi. Ia kini boleh menyedut partikel bahaya dalam ruang sebesar 232 kaki persegi.

Penapis HEPA padanya bukan saja menapis partikel 2.5 mikron tapi juga boleh menapis formaldehyde dan toluene daripada udara. Penapisnya boleh bertahan lebih 1 tahun sebelum perlu ditukar.

Sambungan Wi-Fi padanya bolehkan anda pantau kualiti udara dalam ruang tempat ia berada melalui telefon pintar.

Xiaomi akan mula jual Mi Air Purifier Pro H dalam bulan Oktober 2020 pada harga RM1,119.

Mi Robot Vacuum Mop P

Inilah pembantu rumah yang boleh menyapu dan mengemop lantai dalam satu masa. Semasa bekerja, ia bernavigasi menggunakan teknologi laser dan dalam masa yang sama memetakan seluruh peta lantai rumah anda.

Bila ia ada peta rumah yang lengkap, anda boleh arahkannya pergi ke lokasi tertentu dalam rumah dengan menggunakan APP khas dalam telefon pintar.

Dalam badannya terkandung bateri 3,200mAh dan ia boleh bekerja sehingga 130 minit lamanya sebelum perlu pulang ke ibu pejabat untuk mengisi semula tangka bateri.

Xiaomi tidak menyatakan tarikh khusus penjualannya tapi ia miliki tanda harga RM1,399.

Tags: IoTxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Ini adalah 4 promo menarik dan 4 produk baru Xiaomi yang masuki Malaysia

Ini adalah 4 promo menarik dan 4 produk baru Xiaomi yang masuki Malaysia

7 October 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN