• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BigPay turunkan had tambah nilai kad kredit ke RM1,000

  • OLEH Najib
  • 11:38 am
  • 08/10/2020
  • Komen
BigPay turunkan had tambah nilai kad kredit ke RM1,000

BigPay

Share on FacebookShare on Twitter

BigPay, penyedia perkhidmatan kad prabayar hari ini mengumumkan penurunan had tambah nilai melalui kad kredit. Kali ini, tambah nilai menggunakan kad kredit hanya boleh dibuat sehingga RM1,000 sebulan. Had baru ini berkuatkuasa mulai hari ini, 8 Oktober 2020.

Ini merupakan penurunan kali ketiga mereka tahun ini. Pada asalnya, had tambah nilai melalui kad kredit ialah RM10,000. Kemudian ia diturunkan kepada RM5,000 pada bulan Mac. Had ini diturunkan lagi ke RM2,500 pada bulan Jun. Kini, hadnya menjadi RM1,000 sahaja.



BigPay menggunakan alasan yang sama untuk menurunkan had ini. Katanya, mereka terpaksa melaksanakan pengurangan had ini untuk memastikan kos yang rendah agar lebih banyak penjimatan boleh diberikan kepada pengguna. Ini kerana syarikat kad kredit mengenakan caj yang tinggi dan BigPay terpaksa menyerap kos ini untuk memberi lebih pilihan tambah nilai kepada pengguna.

Tambah nilai tanpa had masih boleh dibuat melalui kad debit atau perbankan dalam talian. Masalahnya, BigPay mengulangi janji yang sama sejak Mac lepas, akan memperkenalkan lebih banyak pilihan untuk tambah nilai dalam masa beberapa minggu lagi. Kalau dari Mac, nampaknya dah lebih 30 minggu dan ia masih tidak kelihatan.



Selain menggunakannya sebagai kad bayaran fizikal, BigPay juga boleh digunakan untuk membuat penghantaran wang ke dalam akaun bank di dalam dan luar negara. Selain ke akaun bank dalam negara, mereka kini menyediakan penghantaran wang ke Bangladesh, China, India, Indonesia, Nepal, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam. Penghantaran wang ke akaun bank mengambil masa sepantas 5 minit, sehingga 2 hari bekerja.

Tags: bigpay
Najib

Najib

POPULAR

BigPay turunkan had tambah nilai kad kredit ke RM1,000

BigPay turunkan had tambah nilai kad kredit ke RM1,000

8 October 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN