• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BigPay kurangkan had tambah nilai kad kredit kepada separuh

  • OLEH Najib
  • 6:11 pm
  • 26/03/2020
  • Komen
BigPay kurangkan had tambah nilai kad kredit kepada separuh
Share on FacebookShare on Twitter

Kad prabayar BigPay oleh AirAsia hari ini mengumumkan penurunan had untuk tambah nilai menggunakan kad kredit kepada separuh. Sebelum ini, pengguna BigPay boleh membuat tambah nilai menggunakan kad kredit sehingga RM10,000, selepas pengumuman ini hadnya dikurangkan kepada RM5,000 sebulan.

Menurut BigPay, mereka terpaksa melaksanakan pengurangan had ini untuk memastikan kos yang rendah agar lebih banyak penjimatan boleh diberikan kepada pengguna. Ini kerana syarikat kad kredit mengenakan caj yang tinggi dan BigPay terpaksa menyerap kos ini untuk memberi lebih pilihan tambah nilai kepada pengguna.



Saiz baki maksima masih kekal pada RM10,000 dan tambah nilai tanpa had masih boleh dibuat melalui kad debit atau perbankan dalam talian. BigPay juga menerangkan, mereka akan memperkenalkan lebih banyak pilihan untuk tambah nilai tidak lama lagi. Mungkin melalui e-wallet pula.

Selain menggunakannya sebagai kad bayaran fizikal, BigPay juga boleh digunakan untuk membuat penghantaran wang ke dalam akaun bank di dalam dan luar negara. Selepas melancarkan fungsi penghantaran wang luar negara untuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand, BigPay menambah tiga lagi negara awal tahun ini iaitu Bangladesh, India dan Pakistan.



Tags: bigpay
Najib

Najib

POPULAR

BigPay kurangkan had tambah nilai kad kredit kepada separuh

BigPay kurangkan had tambah nilai kad kredit kepada separuh

26 March 2020
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN