• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

BigPay kini boleh menghantar wang terus ke Bangladesh, India dan Nepal

  • OLEH Najib
  • 12:08 pm
  • 30/01/2020
  • Komen
BigPay kini boleh menghantar wang terus ke Bangladesh, India dan Nepal
Share on FacebookShare on Twitter

Kad prabayar dari AirAsia, BigPay kini meluaskan khidmat penghantaran wang antarabangsanya ke tiga negara. Sebelum ini, BigPay telah memperkenalkan khidmat penghantaran wang ke Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Tiga negara baru tersebut ialah Bangladesh, India dan Nepal. Ini menjadikan jumlah negara yang boleh dihantar wang oleh Bigpay kepada tujuh buah negara.



Menurut BigPay, mereka telah memproses jutaan penghantaran wang antarabangsa sejak September 2019. BigPay mengenakan caj tetap untuk setiap penghantaran bersama kadar pertukaran wang yang biasanya lebih rendah dari yang lain. Kadar rendah dan cara yang mudah adalah tarikan yang ditawarkan oleh BigPay untuk penghantaran wang ke luar negara.

Buat masa ini, BigPay mengenakan caj RM0.50 untuk penghantaran wang tempatan dan RM5 ke Indonesia, India dan Singapura. Penghantaran wang ke Bangladesh dan Nepal dikenakan caj RM6, Filipina RM8 dan Thailand RM13.



Tetapi penghantaran kali pertama adalah percuma. Masa penghantaran pula bergantung kepada negara, di antara 5 minit hingga 2 hari bekerja.

BigPay menyatakan, mereka akan menambah lagi negara untuk perkhidmatan penghantaran wang antarabangsa tidak lama lagi dan mahu menawarkan khidmat pengambilan wang tunai di sesetengah negara. BigPay turut mengatakan, mereka adalah penghantar wang elektronik terbesar di Malaysia berdasarkan nilai transaksi.

Tags: AirAsiabigpay
Najib

Najib

POPULAR

BigPay kini boleh menghantar wang terus ke Bangladesh, India dan Nepal

BigPay kini boleh menghantar wang terus ke Bangladesh, India dan Nepal

30 January 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN