• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor beri 10 hadiah misteri percuma dalam promosi 10.10 di kedai fizikal

  • OLEH Najib
  • 2:17 pm
  • 09/10/2020
  • Komen
Honor beri 10 hadiah misteri percuma dalam promosi 10.10 di kedai fizikal
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh 10 Oktober adalah tarikh penting untuk kaki beli-belah dalam talian. Lazada dan Shopee, telah mengatur banyak promosi dan diskaun sempena 10.10 untuk dinikmati pengguna. Tetapi Honor membawakan tawaran yang berbeza apabila mengajak orang ramai untuk hadir ke stor fizikal mereka.

Promosi 10.10 Honor akan diadakan pada 10 dan 11 Oktober 2020, menyediakan tawaran seperti beli 1 percuma 10, cabutan bertuah, belian dengan belian dan banyak lagi. Ia akan diadakan di 8 stor terpilih iaitu di:



  1. I-City Mall
  2. Plaza Lowyat
  3. Sunway Velocity
  4. Mid Valley
  5. IOI City Mall
  6. IOI Puchong Mall
  7. Sogo
  8. Sunway Pyramid

Antara tawaran yang boleh didapati ialah diskaun RM50 dan 10 hadiah misteri untuk pembelian telefon pintar Honor 9A, 9X dan 9X Lite. Untuk Honor 9X Pro pula, pembeli akan menerima gelang kecergasan Honor Band 5i di samping 10 hadiah misteri.

Pengunjung juga boleh mendapatkan Honor MagicBook 14 dengan diskaun RM200, pada harga RM2,799 sahaja. Bagi pembeli Honor MagicBook Pro dan Honor Watch GS Pro yang baru dilancarkan, mereka berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menyediakan hadiah Honor Band 5 Sport.



Pembeli telefon pintar Honor siri-9 turut diberi peluang untuk membeli prouk lain dengan harga diskaun. Antaranya Honor MagicWatch 2 46mm pada harga RM599 sahaja (harga asal RM699), Honor Band 5 RM99 (harga asal RM129) dan Honor Scale 2 RM79 (harga asal RM99).

Jika anda mahu pergi ke kedai Honor untuk mendapatkan promosi ini, pastikan anda sentiasa menjaga penjarakan fizikal, memakai topeng muka dan selalu mencuci tangan.

Layari laman web HiHonor Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai semua produk Honor di atas.

Tags: 10.10honor
Najib

Najib

POPULAR

Honor beri 10 hadiah misteri percuma dalam promosi 10.10 di kedai fizikal

Honor beri 10 hadiah misteri percuma dalam promosi 10.10 di kedai fizikal

9 October 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER