• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Live View di Google Maps boleh tunjuk hala tuju lebih tepat dan mudah

  • OLEH Najib
  • 6:58 pm
  • 09/10/2020
  • Komen
Live View di Google Maps boleh tunjuk hala tuju lebih tepat dan mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Google Maps sudah menjadi standard peta panduan masa kini, ditambah lagi dengan Navigation yang membantu pemandu bergerak di dalam trafik di bandaraya. Kini satu lagi fungsi baru telah tiba di Maps untuk Kuala Lumpur, dipanggil Live View.

Live View merupakan cara baru untuk menjejak hala tuju dan mencari arah destinasi ketika bergerak. Ia telah dilancarkan tahun lepas dan kini boleh mula digunakan di Kuala Lumpur. Selain itu, Live View turut disokong di hampir 25 bandaraya di seluruh dunia, antaranya:



Amsterdam, Bangkok, Barcelona, Berlin, Budapest, Dubai, Florence, Istanbul, Kyoto, London, Los Angeles, Madrid, Milan, Munich, New York, Osaka, Paris, Prague, Rom, San Francisco, Sydney, Tokyo, dan Vienna.

Ingin lihat dengan lebih jauh? Anda boleh dengan Live View.

Live View di Maps membolehkan anda untuk mencari arah menggunakan arahan transit, dalam Perkongsian Lokasi, dan juga mengorientasikan diri dengan mercu tanda. Pelajari lebih lanjut ➡ https://t.co/JCcOUg8BcB pic.twitter.com/HmsGcGv84n

— Google Malaysia (@GoogleMsia) October 5, 2020

Live View dilengkapi teknologi Realiti Bertambah (Augmented Reality, AR), untuk memberikan arah yang boleh dilihat di dunia sebenar. Ia akan menunjukkan anak panah, arahan, dan tanda jarak yang dipapar terus di atas dunia sebenar, agar pengguna tidak keliru dan dapat memilih jalan yang betul dengan lebih cepat.



Teknologi AR di Live View juga boleh memaparkan mercu tanda berdekatan, agar anda dapat mengenalpasti arah destinasi dengan pantas dan mudah, dengan memahami persekitaran anda. Live View akan menunjukkan jarak mercu tanda dan arah untuk ke sana.

Mercu tanda boleh terdiri daripada tempat-tempat ikonik, seperti Empire State Building di New York atau Pantheon di Rom, dan juga tempat-tempat yang mudah untuk dikenal pasti, seperti taman-taman dan tarikan pelancong.

Live View di Google Maps akan terdapat pada peranti Android dan iOS yang menyokong ARCore dan ARKit, secara berperingkat. Ia juga akan boleh digunakan dalam Perkongsian Lokasi, di mana rakan atau keluarga anda yang memilih untuk berkongsi lokasi mereka, anda dengan mudahnya boleh mengetik pada ikon mereka dan melancarkan Live View untuk melihat di mana mereka berada – menggunakan anak panah dan arahan untuk membantu mencari arah.

Sumber: Google

Tags: Googlegoogle mapsGoogle Maps Live View
Najib

Najib

POPULAR

Live View di Google Maps boleh tunjuk hala tuju lebih tepat dan mudah

Live View di Google Maps boleh tunjuk hala tuju lebih tepat dan mudah

9 October 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN